“Saya sayang kakak dan anak saudara. Orang luar tidak tahu apa yang mereka lalui” – Neelofa

“TUDUHAN itu tidak masuk akal,” kata pengacara popular, Neelofa Mohd Noor menafikan dakwaan umum yang mengatakan dirinya menjadi pencetus kemelut rumah tangga kakaknya Noor Nabila dan pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Neelofa yang juga seorang pelakon dan usahawan terpalit dengan spekulasi berkenaan apabila meninggalkan komen di Instagram kakaknya seolah-olah membalas kenyataan Sharnaaz.

“Saya sayang kakak dan anak saudara. Saya harap orang ramai terutama rakan dan keluarga memberikan sokongan dalam apa jua situasi yang mereka hadapi sekarang.

“Orang luar tidak tahu apa yang mereka lalui,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.

Enggan mengulas lebih lanjut, Neelofa meminta supaya masyarakat mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.

Desas-desus keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mulai diperkatakan apabila aktor terbabit beberapa kali berkongsi status di laman sosial, seakan-akan membayangkan situasi dilaluinya sekarang.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata berusia lapan bulan, Jebat Jayden.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments