Pak Nil dipilih Ikon Pembelajaran Abad ke-21. Wow!

Menjadi seorang ikon bererti menggalas tanggungjawab yang besar untuk masyarakat. Dan bagi pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi yang dinobatkan sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah sesuatu yang amat membanggakan anak seni.

Aznil atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil dinobatkan Ikon PAK21 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik pada satu majlis yang diadakan di Pulau Pinang semalam.

Menerusi entri yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Pak Nil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana dipilih sebagai Ikon PAK21.

“Inilah watikah pelantikan #paknil sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke-21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia Yang Berhormat Dr @Maszlee. Terima kasih kepada pejuang-pejuang @YayasanPesona. Tugas baru kita telah bermula. Anak-anak Pak Nil keliling Malaysia, nantikan kemunculan Pak Nil dan team Yayasan Pesona muncul di sekolah anak-anak,” tulis Pak Nil.

Pak Nil menerima watikah pelantikan daripada Dr. Maszlee.

Sebagai Ikon PAK21, Pak Nil bertanggungjawab mempromosikan dan memberi pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kemahiran PAK21.

Selain itu, Pak Nil harus menggalakkan perkembangan sahsiah murid secara holistik dan seimbang serta memberi inspirasi kepada murid supaya memiliki keyakinan diri serta kemahiran pengucapan awam dengan berketerampilan kelas pertama.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv