Penampilan Terkini Britney Spears Selepas Jalani Rawatan Mental

Penyanyi, Britney Spears adalah selebriti antarabangsa yang dikenali ramai menerusi lagu-lagunya seperti Baby One More Time, Opps I Did It Again, dan Womenizer.

Selepas Britney bercerai dengan Kevin Federline pada 2006 lalu, penyanyi ini mulai semakin perlahan dalam industri seni dan sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.  Sejak dari itu, Britney tidak lagi tampil dikhalayak ramai dan sering menjadi tanda tanya khususnya kepada media.

Terbaru, menerusi Metro UK, penyanyi tersebut dilihat semakin tenang selepas menjalani rawatan mental yang memakan masa lebih daripada sebulan. Foto penyanyi itu juga menunjukkan dia bersama tunangnya, Sam Asghari di lobi sebuah hotel.

penampilan terbaru britney spears lepas bertarung rawatan mental

Britney juga kini sedang melalui saat-saat sukar dalam hidupnya kerana selain sedang menjalani rawatan mental, bapanya juga kini sedang menderita penyakit colon.

penampilan terbaru britney spears lepas bertarung rawatan mental

penampilan terbaru britney spears lepas bertarung rawatan mental

Dalam perkembangan lain, Britney turut berkongsi post di media sosialnya dengan kapsyen “Kita semua perlukan masa untuk diri sendiri, ‘me time’..”

 

 

Sumber: Metro UK

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: era