“Saya tak patut keluar dengan suami orang” – Oktovia Manrose akhirnya mengaku dan minta maaf pada Bella Astillah

PELAKON baharu yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz iaitu Oktovia Manrose akhirnya meminta maaf terhadap isteri aktor itu Bella Astillah.

Oktovia berkata, dia enggan menegakkan benang yang basah dan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga menjejaskan rumah tangga pasa ngan itu.

“Hari ini bersejarah buat saya dan tidak pernah terfikir pun semua ini akan berlaku.

“Kepada Bella Astillah saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku dan apa yang berlaku sangat salah.

“Saya tak patut keluar dengan suami orang dan saya tak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana saya yang salah,” ujarnya di Instagram malam Rabu.

Bella dedah rumah tangganya berantakkan apabila Aliff ada hubungan dengan pelakon baharu.

Sebelum ini isteri pelakon Aliff Aziz mendedahkan suaminya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Bella berkata, dia mendapat maklumat daripada sumber di Instagram bahawa pasa ngan itu berhibur di sebuah kelab malam.

Sementara itu, Oktovia menyedari dia tidak sepatutnya membuat kenyataan berkaitan yang memburukkan lagi keadaan.

Katanya, tindakan itu disebabkan provokasi dan kata-kata kesat keterlaluan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya.

“Kenapa tadi saya jawab begitu kerana kata-kata kesat netizen sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan namun saya sepatutnya menerima tomahan itu,” ujarnya.

Oktovia turut berharap kemelut rumah tangga Aliff dan Bella itu dapat diselesaikan dengan cara baik.

Pelakon baharu ini ialah anak pasa ngan penyanyi dangdut Iwan dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

 

Sumber : mstar