Sejuk Mata Memandang Tengok Penampilan Nonny Nadhirah Bertudung

Penampilan berhijab dan lebih sopan pelakon Nonny Nadhirah selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah ternyata mendapat perhatian ramai.
Foto yang menampilkan dengan imej terbaharu itu dikongsi oleh Nonny menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut IG Nonny memuji perubahan imej Nonny yang dikatakan lebih cantik serta berharap moga terus beristiqamah dalam menutup aurat.


Nonny berangkat ke tanah suci Mekah pada 16 Januari lalu bersama penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin serta suaminya, Ahmad Ailis.

 

Sumber: Gempak

Facebook Comments