Edry Terima ‘Hadiah’ Istimewa Atau Kena ‘Troll’ Dengan Anak Sendiri

Bekas anggota KRU, Edry Abdul Halim tidak menyangka dia menerima ‘hadiah’ istimewa daripada anak sendiri yang mahu menghiburkan hati bapannya itu.

Cerita tersebut dikongsi Edry menerusi akaun Instagramnya, @edryabdulhalim yang memberitahu anak sulungnya, Emil membeli satu gelas kelab bola sepak Inggeris, Liverpool yang dihadiahkan padanya.

Edry sebenarnya menjangka anaknya itu membelikannya cendermata band muzik terkenal, The Beatles yang digemarinya sejak zaman remaja.
 


Bagaimanapun, Edry menganggap ia suatu yang menghiburkan padanya dengan tindakan Emil memberikan ‘hadiah’ istimewa itu.

Status Edry itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang juga terhibur dengan jenaka dua beranak itu.

“Ni betul2 berhijrah ni smpi turn into dark side..,” kata @zulfarikmat.

Begitu juga, netizen dikenali sebagai @masturatasiah bertanya soalan pada Edry sama ada dia penyokong Manchester United atau Liverpool.

“Haha kena troll,” kata @izzat304.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @edryabdulhalim