Fiza Terkejut Beli Nasi Goreng Cina Sampai RM23.60! Sudahlah Begitu, Nasinya Pula…

Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.

Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.

Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.

 

‘Terkejut Beruk Bila Cousin Bawa Balik Bil’ Cuma 'Nasi Dan Telur' Fiza Dicaj RM23.60

 

Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60

Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.

Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.

Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.

Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli

Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”

Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”

Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”

Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.

 

‘Terkejut Beruk Bila Cousin Bawa Balik Bil’ Cuma 'Nasi Dan Telur' Fiza Dicaj RM23.60

 

MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.

Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.

Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.

Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..

Sumber/Foto : Fiza Abd Halim

 

 

Sumber

Facebook Comments