“Tak perlu minta izin. Arwah benarkan nyanyi lagu dia..”- Syafiq Farhain

SYAFIQ Farhain tetap akan menyanyikan lagu arwah bapanya, Saleem sekiranya mendapat permintaan daripada pihak penganjur persembahan. Syafiq, 25, atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata, semasa hayat bapanya, bekas penyanyi Iklim itu tidak pernah menghalang dia berbuat sedemikian.

“Apa masalahnya jika saya menyanyikan lagu arwah bapa? Orang panggil saya buat persembahan, dia nak dengar saya nyanyi. Semestinya mereka ada permintaan untuk lagu tertentu.

Kalau mereka nak saya nyanyikan lagu arwah, saya akan nyanyi saja. “Dalam perkara ini tidak perlu nak minta izin pun. Kalau nak tahu, sebelum saya menandatangani kontrak menjadi penyanyi, arwah benarkan saya nyanyikan lagu dia.

Saya ingat lagi dia cakap, lagi bagus saya nyanyi sebab orang boleh ingat lagunya. “Kata-kata itu saya pegang sampai sekarang. Malah, setiap kali saya bertemu arwah dia tidak pernah pun larang saya daripada menyanyikan lagunya,” katanya.

Terdahulu, balu kepada Saleem, Julia Bachok dalam satu kenyataan di sebuah portal memberi amaran kepada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya membuat duit menggunakan nama arwah suaminya.

Menerusi kenyataan itu, Julia mahu pihak terbabit meminta izin daripadanya terlebih dulu jika ingin menyanyikan lagu Saleem.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: hmetro