Tiga jam menangis tanpa henti tonton Avengers, akhirnya gadis ini dikejarkan ke hospital

Apa sudah jadi! Gara-gara menonton filem Avengers: Endgame seorang gadis dari wilayah Zhejiang, China terpaksa dikejarkan ke hospital selepas menangis tanpa henti selama tiga jam dalam pawagam!

Gadis berkenaan merupakan pelajar di sebuah kolej wilayah terbabit dipercayai menangis tanpa henti dari mula filem ditayangkan sehinggalah selesai menonton, dedah berita people.cn.

Gadis terbabit yang dikenali Xiao Li, 21, dipercayai telah membeli tiket filem berkenaan selepas ia mula dijual kepada orang ramai.

Seorang rakan kepada Xiao Li mendakwa, gadis tersebut mula mengalami masalah pernafasan selain tangan serta kakinya seakan longlai saat menonton filem berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Xiao Li dilihat tiba-tiba menangis dan badannya seolah-olah lemah sebelum rakannya itu bertindak menghubungi talian kecemasan.

Ketika menerima rawatan di Hospital Mingzhou Univeriti Zhejiang, Xiao Li disahkan mengalami simptom hiperventilasi.

Doktor berjaya memulihkannya semula selepas diberikan oksigen tambahan.

Difahamkan, gadis berkenaan dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan tersebut.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: mhetv