Trivia Fikry Ibrahim, Farah Nabilah -Pelakon Utama Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Fakta Menarik Fikry 

1. Sebelum bergelar selebriti, Fikry menyara kehidupannya dengan bekerja di kedai dobi selama setahun.

2. Bakatnya sebagai anak seni dikesan menerusi rancangan pencarian bakat komedi terbitan Astro Warna iaitu program Lawak Solo 2016 di mana beliau memenangi tempat ketiga sewaktu pusingan akhir.

3. Meskipun pada awalnya dikenali sebagai pelawak, namun akhirnya bakat Fikry lebih menonjol sebagai seorang pelakon terutama apabila terbabit dalam drama rantaian fenomena, Hero Seorang Cinderella dengan memegang watak sebagai ‘Noah Farizzam’ yang turut dibintangi pelakon popular seperti Fattah Amin, Fazura dan Uqasha Senrose.

4. Selepas itu, Fikry menjadi sinonim dengan penyanyi Siti Nordiana kerana gandingan mereka dalam beberapa drama mendapat tempat di hati peminat iaitu menerusi Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey. Terkini, pasangan ini sedang dalam proses penggambaran drama terbaharu berjudul Cekelat Honey. Selain itu, mereka turut digandingkan dalam video muzik lagu Hatiku Milikmu nyanyian Siti Nordiana.

5. Selain itu, Fikry juga meletup menerusi drama bersiri Rahsia Hati Perempuan (Astro Ria), Cik Reen Encik Ngok Ngek (Astro Ria) dan Kerna Syurga Bukan Percuma (Astro Oasis).

6 Sementara itu, telefilem lain yang pernah dibintanginya termasuk Gitu-Gitu Raya (Astro Warna), Pok Ya Cong Codei (Astro Warna) dan Enam/6 (Astro Citra).

7. Selain Lawak Solo, pertandingan komedi lain yang pernah disertainya ialah Super Spontan Superstar 2017.

8. Manakala sebagai hos, beliau pernah mengemudikan program Gema Gegar Vaganza (2017), Gema Gegar Vaganza musim kedua (2018) dan Hotspot (2018).

9. Meskipun belum merangkul sebarang trofi anugerah buat masa ini, namun Fikry tetap mampu mendabik dada kerana dalam usia setahun jagung pembabitannya dalam dunia hiburan sudah dicalonkan dalam beberapa kategori besar di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

10. Pelakon berkulit sawo matang ini seorang yang begitu mementingkan pendidikan meskipun dalam masa sama sibuk membina nama dalam dunia hiburan.

Fakta Menarik Farah Nabilah

1.Nama sebenar Farah ialah Farah Nabilah binti Saipuddin (lahir 10 Mac 1992)

2.Memulakan kerjayanya dalam bidang iklan komersial pada tahun 2011, Farah memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada 2015.

3.Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Pusat pendidikan Universiti SEGi Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat .

4.Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.

5.Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.

6.Namanya mula mencuri perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria.

7.Nama Farah terus melonjak naik bila digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3.

8.Gandingan serasi mereka melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.

9.Meskipun dikurniakan raut wajah jelita, pelakon Farah Nabila memaklumkan dia masih bujang dan belum bertemu dengan mana-mana lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Wikipedia, IG Farah Nabilah,Fikry Ibrahim