[VIDEO] ‘Macam Mat Rempit, Kurang Adab & Memalukan’ – Netizen Geram Tindakan Hairul ‘Terbang’ Di Eskalator

Gara-gara tersebarnya video Hairul Azreen melakukan aksi ngeri di escalator, ramai yang mengecam tindakan Hairul Azreen!

Mana tidaknya, ramai yang mempersoalkan mengapa dan apakah motif Hairul melakukan tindakan seperti itu di bangunan PWTC.

Ia bukan sahaja menganggu keselamatan orang awam, malah membahayakan dirinya sendiri.

Malah ramai juga sebenarnya bimbang Hairul sebagai seorang selebriti yang besar pengaruhnya dalam industri langsung tidak teragak untuk melakukan aksi ngeri dan bahaya itu serta bimbang jika ada individu yang mengikuti perbuatanya itu.

Bukan itu sahaja, sebuah video aksi nakal Hairul ketika menaiki troli di sebuah pusat beli belah turut mendapat perhatian.

Video :

Isu ini telah menjadi perbualan hangat di forum-forum hiburan dan rata-rata tidak menyukai apa yang dilakukan oleh Hairul.

Malah, ada juga yang mengaitkan sikap Hairul seperti ‘rempit’ kerana suka melakukan aksi-aksi yang dianggap sebagai vandalism.

 

Bagaimanapun MH difahamkan video tersebut telah dibuang sebaik sahaja dikongsikan oleh pemenang fear factor tersebut kerana menerima pelbagai komen negatif.

Hmmm MH faham apa yang semua ingin katakan, mungkin ada benarnya.

Mereka sebenarnya bukanlah marah kerana tindakan Hairul yang terlalu berani itu namun mereka semua ini sebenarnya bimbang akan keselamatan hairul dan takut jika ada beberapa pihak yang turut meniru gaya berani mati Hairul.

Apapun MH harap selepas ini Hairul tidak lakukan perkara yang sama, jadikan ia sebagai iktibar. Bak kata orang, ingat-ingatlah orang tersayang!