Tawaran Bercuti Sambil Bekerja di New Zealand Dibuka Kembali!

Bercuti sambil berkerja adalah satu peluang yang sering diambil oleh golongan muda masa kini. Antara negara yang pernah menawarkan peluang seperti ini ialah Australia dan kini New Zealand.

Dipetik daripada portal Imigresen New Zealand,  negara tersebut kini menawarkan peluang kepada rakyat di negara ini untuk berkerja atau belajar sambil bercuti sehingga 6 bulan menggunakan visa percutian.

Walaubagaimana pun, pemohon perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya NZ$2,250, atau kira-kira RM6,100 bagi menampung perbelanjaan ketika berada disana.

 

Antara syarat-syarat lain yang dinyatakan dilaman web Imigresen New Zealand adalah seperti berikut:

 

  • Berumur antara 18 sehingga 30 tahun.
  • Tidak dibenarkan mempunyai kerja tetap ketika berada disana.
  • Pekerjaan anda mestilah sah disisi undang-undang.
  • Tidak dibenarkan memberi perkhidmatan berunsurkan seksual.
  • Boleh bawa anak atau pasangan bersama-sama dengan visa yang berasingan.

 

new zealand offer visa kerja atau belajar sambil bercuti untuk orang malaysia

 

Tambah lagi, pemohonan yang akan mula dibuka pada 23 Januari 2019 seawal jam 5 pagi ini hanya terhad kepada 1,150 pemohon Malaysia sahaja.

 

Sumber: Portal Imigresen New Zealand,

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:era

Facebook Comments