Wanita Ini Derita Corneal Abrasion, Akibat Pakai Kanta Lekap & Kesan Solekan Mata!

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Contact lens atau kanta lekap dan solekan mata seperti menggunakan penggaris mata, maskara dan pembayang mata bagaikan satu kemestian buat wanita untuk tampil lebih yakin.

Namun siapa sangka penggunaan kanta lekap dan solekan mata ini boleh membawa mudarat dan derita pada diri sendiri. Ia boleh mengakibatkan corneal abrasion atau calar pada mata, malah jika dibiarkan boleh melarat menjadi ulser!

Jemput baca perkongsian pengalaman oleh Puan Anie Farahida Omar ini, yang mengalami keadaan Corneal Abrasion tersebut.

Corneal Abrasion | Scratched Eye

Akhirnya saya dah dapat jawapan kepada derita mata saya. Selepas saya bagitahu ada sakit mata, lepas habis kelas saya terus ke klinik. Rupa-rupanya ada calar di mata saya, yang kita panggil sebagai corneal abrasion.

Sakit tak? Sakit sangat. Rasa mata berpasir, pedih yang teruk setiap kali tutup mata, dan mata tak tahan dengan silau cahaya sehingga menyebabkan rasa mengantuk ya amat. Saya mula rasa pedih sebenarnya seminggu sebelum ke klinik di UTC Ampangan. Tapi yang paling azab sebenarnya ketika 3 hari sebelum ke klinik.

Dalam tempoh 3 hari tu, saya berdebar-debar nak memandu dari Seremban ke Rembau. Sebab kalau terpejam mata, akan jadi pedih sampai tak boleh buka. Jadi saya kelip laju-laju.

Doktor di UTC beri saya antibiotik dan surat rujukan ke doktor pakar di Hospital Tuanku Jaafar. Esoknya bila pergi, 2 orang doktor memeriksa mata saya dengan alat canggih yang entah apa nama. Masa check tu, dema jerit ramai-ramai sampai kering darah saya.

Kata doktor pakar lebih kurang begini, “Ya Allah, bersyukurnyaaaa! Awak bertuah sangat. Semalam report kata mata awak ada beberapa scratch yang panjang. Tapi hari ni tinggal 1 garis pendek saja!”. Kata doktor, saya beruntung kerana tindakbalas mata saya kepada antibiotik sangat cepat. Yang kedua, mujurlah sakit ni tak melarat jadi Ulcer. Kerana potensi untuk sembuh adalah sukar.

Corneal Ulcer – nampak tak putih tu. Itu luka yang terbuka.

Kanta Lekap & Solekan Mata Jadi Punca

Apa puncanya? Saya beritahu doktor mungkin disebabkan pemakaian contact lens atau eye make-up. Jadi doktor membebel banyak. Kata doktor, terlalu banyak kes corneal ulcer di tempat dema berpunca daripada contact lens.

Saya jelaskan kepada doktor, sebenarnya saya sangat rigid dengan penjagaan contact lens saya. Malah, saya pakai pun sebab keperluan, power mata yang tinggi memang lebih selesa pakai lens. Dan saya selalu bawa cermin mata ke mana-mana supaya mudah tanggal lens.

Tapi silapnya mungkin 1 perkara ni. Saya tertidur sebentar ketika masih memakai lens. Jadi, kome bayangkan, campur lens yang mengeringkan mata dan habuk-habuk make-up di sekitar mata, maka tercalarlah kornea saya.

Doktor kata, dema semua sangat takut dengan contact lens. Tak ada seorang pun daripada dema yang memakai lens.Dia melarang terus saya pakai contact lens dan jangan guna eye make-up dalam tempoh 2 bulan. Saya terkedu. Saya beritahu doktor, “Tak dapat pakai eye make-up lagi sedih daripada tak dapat contact lens, doktor…”. Contact lens tu lantaklah. Tapi tak ada eyeliner di mata…. ottoke?

gambar hiasan

Tapi saya akur. Siapa tak sayang mata kome oi. Terima kaseh doktor-doktor yang merawat. Terima kaseh bos dan students yang memahami keadaan saya. Terima kaseh semua yang mendoakan kesihatan saya. Terima kaseh famili yang hantar dan jemput saya dari tempat kerja.

Dan terima kaseh Allah kerana memberi saya sakit. Sakit yang ada penawar dan boleh disembuhkan dengan segera. Alhamdulillah, mata saya dah banyak baik. Bak kata doktor India yang merawat saya, “With God’s grace you’re healed.

Panjang cerita saya ni supaya jadi pengajaran buat saya, dan ilmu untuk semua.

Nota Tambahan: Sekiranya kome suspect mata sakit disebabkan contact lens, jangan lupa bawa contact lens tu. 3 doktor yang saya jumpa, tiga-tiga tanya sama ada saya bawa atau tak.

Doktor bagitahu, kalau saya nak pakai liquid eyeliner sekalipun (kerana nak elak habuk make up masuk mata), tetap tak boleh. Sebab bila dema check guna mikroscope, berlambak kotoran dalam mata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat wanita lain.

Buat para wanita berhati-hatilah menggunakan kanta lekap dan solekan mata. Pastikan kanta lekap benar-benar bersih dan solekan mata dicuci sebaiknya sebelum tidur bagi mengelakkan habuk melekat yang boleh menjadi punca corneal abrasion ini.

Sumber:Anie Farahida Omar

 

 

Sumber

Facebook Comments