Amalan ‘Self help’ Rahsia Pelajar Engineering Ini Dapat 4.0 & 2 Kali Anugerah Dekan

Ramai pelajar universiti sedia maklum, untuk mendapat pointer 4.0 dalam ujian semester khususnya dalam kos kejuruteraan bukan mudah dicapai. Bukan saja bidang  kejuruteraan, tetapi kos lain seperti Sains, Ekonomi dan kos-kos sukar lain adalah cabaran yang harus dihadapi oleh pelajar.

Jika setengahnya berasa sukar tetapi sebenarnya dengan teknik belajar yang betul, seorang pelajar boleh boleh mendapat anugerah dekan bagi setiap ujian semester.

Remaja berkongsi kisah Amir Firdaus bin Eddy Rosyadie, 21 tahun yang kini sedang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Malaya.

Berada di tahun 2 semester 4, Amir sudah dua kali menerima anugerah dekan. Pada ujian semester 1, dia mendapat pointer yang sangat cemerlang iaitu 4.0. Begitu juga semasa ujian semester 2, pointernya 3.86. Dan dia masih kekal mendapat dua kali anugerah dekan.

Wow, bukan muda nak mendapat anugerah dekan tetapi Amir membuktikan, biar dia dalam kursus agak susah, Mechanical Engineering tetapi dia berjaya  membuktikan dirinya boleh berjaya.

Sebenarnya ada banyak rahsia tentang diri Amir dan dia sudi berkongsi tekniknya belajar. Semoga apa yang Amir kongsikan ini boleh berguna kepada pelajar universiti yang lain.

Semasa Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM)

 

Mengajar pelajar sekolah menengah dan memberikan motivasi kepada mereka adalah salah satu kerja sukarelawan dilakukannya.

Bukan saja bijak dalam pelajaran tetapi Amir juga aktif dalam kerja-kerja kesukarelawan dan dia kini memegang jawatan sebagai Ketua Klauster Pendidikan & Motivasi  Sekretariat Sukarelawan (SEKRUM), Universiti Malaya.

Jom baca apa tekniknya belajar.

  • APLIKASI PENDIDIKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN : Semua pelajar faham, kos engineering memang susah. Kena mahir dalam Matematik dan Fizik tetapi kata Amir itu semua hanya teori. Sebaliknya kos ini akan jadi lebih mudah kalau di aplikasikan dalam kehidupan. Maksudnya di sini, sebarang perkaitan pelajaran, dikaitkan dengan kehidupan kita sendiri. Dalam erti kata mudah, sebagai contoh bila nak membina bangunan, selain tahu kena reka bentuknya, penggunaan bahan-bahannya, pengalaman orang yang membinanya akan  membezakan dirinya dengan individu yang
  • STUDY BY WEEK : Amir tak pernah mengira hari sebaliknya suka mengira minggu. Sebagai contoh, kalau ada exam minggu ke 7, dia sudah memastikan dia sudah memahami semua topik pada minggu ke 6.
  • JANGAN PANDANG RENDAH PADA UJIAN DIBERIKAN OLEH PENSYARAH : Ramai pelajar seperti tak kisah dengan ujian-ujian diberikan oleh pensyarah kerana beranggap ianya bukan final exam. Kita kena anggap semua ujian adalah seperti final exam dan ketika itu kita akan buat bersungguh-sungguh.

 

Amir akui dia sering beri tumpuan penuh ketika belajar dan sebelah malam dia aktif dalam kerja sukarelawannya

 

  • BERI TUMPUAN PENUH PADA KELAS 8 PAGI – 5 PETANG : Kata Amir, dia selalu memanfaatkan setiap masanya ketika “break time class”. Dia akan siapkan tugasan diberi pensyarah dalam masa tersebut. Baginya, cukuplah beri tumpuan khusus ketika dalam kelas, pagi hingga petang. Malamnya dia  lakukan aktiviti lebih bermanfaat seperti kerja kesukarelawan dan sebagainya. Sesetengah pelajar lebih suka menangguh assignment dan lakukan pada sebelah malam tetapi biasanya waktu malam tubuh sudah penat dan badan mahu berehat. Jadi banyak assignment akan tertangguh dan pelajar terpaksa berjaga. Esoknya kita tak akan dapat rehat yang cukup.
  • PRACTICE MAKE PERFECT : Kata Amir orang selalu salin nota. Ianya memang bagus untuk exam tetapi dia mengamalkan ‘tiada soalan tidak terjawap’ kerana teknik ini adalah satu latihan terbaik untuk faham semua tajuk. Jangan sesekali tinggalkan soalan yang tak faham kerana dari situ, kita tak akan dapat menjawap semuanya.

 

  • BERI KEUTAMAAN, LIST TO DO : Dalam hidup, kita kena senaraikan apa perkara penting dan harus diberi keutamaan. Saya bahagikan kepada 2 iaitu Akademik & Kerja Sukarelawan. Biasanya saya akan senaraikan perkara penting yang harus saya lakukan. Dan biasanya saya akan tick selepas selesai lakukannya. Kalau rajin tulislah atas kertas, atas white board tetapi saya letak dalam telefon bimbit sahaja.
  • SELF HELP : Tak kisahlah bagaimana nak berjaya tetapi kita kena tolong diri sendiri. Maksud self help ini ialah kita mesti kasihan kepada diri sendiri, tahu apa keupayaan diri kita dan kalau jatuh, bangun cepat-cepat. Saya selalu menjadikan kejayaan orang lain sebagai pemangkin semangat saya. Saya biasanya akan berbual dengan mereka yang berjaya dan itulah motivasi untuk diri sendiri.

Kalau nak tahu, Amir ini bukan saja berjaya merupakan satu-satunya calon yang mendapat 10 A+ semasa SPM di sekolahnya di SMK Meru, Klang. Sehingga kini rekod itu belum dipecahkan lagi. Tapi selepas dia berjaya, Amir selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi untuk pelajar sekolah. Alhamdulillah, sudah ada pelajar yang dapat 8 A+ selepas dia mengajar teknik belajar yang betul.

Masa yang sama, Amir juga pernah mewakili Malaysia dalam Internasional Chemistry Olympiad 2016 di Georgia. Dia satu-satunya wakil pelajar Melayu dan merupakan pelajar  paling cemerlang dalam  subjek Kimia semasa belajar  di Pusat Asasi UM dan pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik akademi  Pusat Asasi UM.

Tidak hanya ke Georgia tetapi Amir pernah mewakili negara ke  Asian Science Camp, India pada 2016 yang mana kesemua penerima anugerah Nobel membentangkan kajian mereka tentang Sains.

Dalam pada itu, Amir juga merupakan Pengarah  The Engineering Festival 2017 selain menjadi Presiden IEEE UM, Bendahari Sahabat YADIM, Pengarah Hai Ya Alal Falah (mari menuju kejayaan) yang mana mereka pergi ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia untuk memberikan motivasi dan bersama-sama menuju kejayaan.

Bagi yang nak bertukar-tukar mengenai pelajaran dan belajar tekniknya belajar, bolehlah follow, Instagram:@amirrosyadie
Facebook: Amir Rosyadie

 

 

Sumber:Remaja