Datuk Prof Dr Muhaya Kongsi 9 Tanda Seseorang Itu Benar-Benar Telah Matang Dalam Kehidupan!

Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.

Pernah menjadi Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015),Tokoh Ilmuwan Selangor (2010) dan Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015), Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad,58 memang sering memuat naik video dan kata-kata motivasi didalam akaun instagram beliau sendiri.

Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam bidang motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi diberikan.

Pakar Motivasi dan Pakar Bedah Mata ini ada berkongsi ilmu, 9 tanda-tanda yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupan.

Menurut wanita berasal dari Kuala Terengganu ini, nukilan tersebut diperolehi daripada rakannya, dan beliau kongsikan bersama buat para pengikutnya di Instagram sebagai panduan.

Berikut antara 9 tanda-tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan.

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

 

Dari rakan Cantik Nukilan Ini *SEMBILAN (9) TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN/* _1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri._ _2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub_ _3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati._ _4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta._ _5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang._ _6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain._ _7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain._ _8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak ._ _9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”._ *Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.*

A post shared by Muhaya Mohamad (@profmuhaya) on

Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 tanda-tanda ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan buat orang lain, sekaligus merubah diri menjadi individu yang lebih baik.

Sumber: Prof Muhaya

 

Sumber

Facebook Comments