4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum, Mujur Ayah Ini Sedar Awal Dapatlah Lindungi Anak Dari Bahaya Kanser Ovari

Info pemakaian bedak talkum pada anak pernah menggemparkan negara suatu masa dulu. Larangan penggunaan bedak talkum atau bedak talc dekat alat sulit anak ini diterangkan oleh Dr Hafiz Sulaiman. Kerana risiko menjurus kanser ovari itu tetap ada.

Kali ini real pengalaman penggunaan bedak talkum yang dilalui bapa seorang anak. Bapa ini, Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi kisah ketika dirinya tidak sedar bahaya bedak talkum.

Kerana tidak tahu, dia telah membenarkan anak kecilnya, Maya Zaara Bt Faridzul Asyraf, 4 menyapu bedak talkum ke wajah.

Maafkan ayah Maya, ayah tak tahu.

Sebelum tidur, Maya buat muka mengada.

Ayah.. ayah.. Maya cantik tak?”

Sebagai ayah yang baik, dia mengiyakan saja. Anaknya, Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.

 

Selepas Disember 2017, Maya tak lagi menggunakan bedak talkum.

 

Saya sejenis ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu, saya rasa semua selamat.”

Bedak je kot. Aku dulu pun pakai.”

Sampailah bapa ini perasankan sesuatu. Apabila maya demam, anaknya itu akan dibagi makan ubat. Walaupun demamnya akan kebah 2 ke 3 hari selepas itu. Tapi batuknya masih berlaku.

Something wrong…

Dan saya terkejut baru-baru ini pada tahun lepas heboh bedak Johnson n Johnson yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan cancer ovari.”

 

4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum, Mujur Ayah Ini Sedar Awal Dapatlah Lindungi Anak Dari Bahaya Kanser Ovari 4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum, Mujur Ayah Ini Sedar Awal Dapatlah Lindungi Anak Dari Bahaya Kanser Ovari

 

4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum

Sejak bapa ini mengetahui kes yang berlaku itu, dia tak lagi membenarkan anaknya pakai bedak talkum. Sekitar bulan Disember tahun lalu, dia tak lagi membenarkan Maya menggunakan bedak talkum.

Sebenarnya kalau diteliti kes JnJ itu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK JNJ DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI.

Bagi membantu mak ayah yang masih nak beri juga anak pakai bedak talkum, ada cara selamat untuk digunakan dekat anak.

Saya highlight supaya bagi faham.”

Bedak yang mempunyai bahan talc di dalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul.”

Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak JnJ kepada anak anda:

1. Elakkan pakai di bahagian MUKA dan ALAT SULIT.

2. JANGAN letak dalam LAMPIN anak.

3. Tuang bedak DI TANGAN anda dulu sebelum sapu dibadan.

4. ELAKKAN ANAK BERMAIN BEDAK!

 

4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum, Mujur Ayah Ini Sedar Awal Dapatlah Lindungi Anak Dari Bahaya Kanser Ovari

 

Bedak Bebas Talkum Lebih Selamat Untuk Anak

Kalau mak ayah nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABYPOWDER

Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita.

Saya rasa ramai lagi mak ayah yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.”

Kalau anda perasan packaging baru JnJ memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka untuk kanak-kanak, tapi untuk packaging yang lama termasuk yang ada kat rumah saya tu, memang tak dinyatakan.

Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date

Selamat menjadi pengguna bijak!

PS : Sesiapa yang beli bedak JnJ terbaru, boleh ambil gambar tak? Ada ke yang amaran bahaya ni?

Sumber/Foto : Faridzul Asyraf Mat Arifin

 

4 Cara Selamat Guna Bedak Talkum, Mujur Ayah Ini Sedar Awal Dapatlah Lindungi Anak Dari Bahaya Kanser Ovari

 

Perkaitan Talkum Dan Kanser Ovari

Bagi memahamkan lagi mak ayah apakah yang dimaksudkan dengan talkum atau talc itu. Baca laporan yang catatkan www.standardsusers.org dalam artikel ‘Bedak Talkum dan Barah Ovari’ yang diterbitkan pada 1 March 2016.

Apa Itu Talkum

‘Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talc digunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalah kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari.

Mengapa Talkum Digunakan Dalam Barangan Kosmetik Dan Penjagaan Diri?

Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah untuk pewarna dan sebagai bahan lengai.

Badan pentadbiran dadah dan makanan (Food and Drug Adminsitration) atau FDA Amerika Syarikat, telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah topikal.

Adakah Talkum Selamat Digunakan Dalam Produk Kosmetik Dan Penjagaan Diri?

FDA telah menentukan talkum dalam kategori GRAS atau generally recognized as safe atau pada amnya dianggap selamat. Ia juga dibenarkan sebagai agen anti-keras untuk serbuk vanilla.

Adakah Talkum Mengandungi Gentian Asbestos?

Gred talkum kosmetik tidak seharusnya mengandungi asbestos. Kehadiran asbestos boleh ditentukan dengan pembelauan sinar-X (X-ray diffraction) dan dengan menggunakan microscope elektron dan optik. Semua jenis asbestos diklasifikasi sebagai karsinogen walaupun kesan mereka berlainan.

Adakah Talkum Mengganggu Sistem Respirasi Manusia Jika Dihidu?

Sebagai langkah pencegahan, saiz partikel talkum sepatutnya ditetapkan kepada saiz yang tidak boleh dihidu iaitu lebih daripada 5 micrometer.

Kesan terhadap kesihatan akibat penghiduan talkum telah dikaji oleh Program Toksikologi Nasional di Amerika Syarikat atau National Toxicology Programme (NTP).

Ujian ke atas haiwan dengan memberikan dos besar untuk dihidu selama 2 tahun menunjukkan beberapa perkembangan kesan berbahaya kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, hasil kajian tersebut di atas dipertikaikan atas dasar dos yang diberikan melebihi dos ketahanan fungsian maksimum atau ‘maximum functionally tolerated dose’.

Lebih-lebih lagi kajian tersebut menggunakan dos yang sangat tinggi sehingga paru-paru haiwan tersebut dibebani dengan talkum. Ini menimbulkan persoalan samada ketumbuhan yang diperhatikan dalam sesetengan paru-paru disebabkan oleh bebanan partikel atau secara langsung oleh talkum.

Apakah Kemungkinan Penggunaan Talkum Dikaitkan Dengan Barah Ovari?

Hasil beberapa kajian telah menimbulkan kebimbangan bahawa bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita, kondom dan sebagainya boleh berhijrah melalui vagina, uterus dan saluran fallopian ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan.

Partikel talkum dikhuatiri boleh menyebakan barah ovari. Susulan hasil kajian tersebut banyak lagi kajian epidemiologi dijalankan untuk mengesahkan kesan penggunaan talkum dan barah ovari. Hasil kajian-kajian adalah berbeza. Sesetengah kajian menunjukan risiko yang meningkat sedikit manakala yang lain tidak menunjukkan apa-apa kaitan.

Talkum secara semulajadi wujud dengan gentian asbestos. Maka talkum dikaitkan dengan kehadiran asbestos yang merupakan bahan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan barah). Talkum yang mengandungi sisa asbestos mungkin mewujudkan bahaya barah jika digunakan pada manusia ataupun diuji pada haiwan.

Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa atau IARC (International Agency for Research on Cancer) telah mengkelaskan talkum sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B. Ini bermakna ia mungkin memberikan kesan karsinogen kepada manusia.

Sebatian dalam kumpulan 2B bermakna ada bukti yang menunjukkan sebatian tersebut boleh menyebabkan barah pada manusia, tetapi bukti tersebut pada masa sekarang tidak memberikan keyakinan menyeluruh.

Tiada laporan yang menunjukkan peningkatan risiko barah akibat penghiduan bedak talkum kosmetik. Kajian ke atas pelombong talkum memberikan gambaran terdapat peningkatan dalam risiko barah paru-paru dan lain-lain penyakit paru-paru. Ini mungkin juga disebabkan oleh kandungan bahan galian lain yang termasuk juga sebatian asbestos.

Talkum yang dijual sebagai bedak kosmetik kepada pengguna sepatutnya tulen dan tidak mengandungi sisa asbestos, silika dan lain-lain galian.

Adakah insiden di Amerika Syarikat tersebut di atas akan mengubah pendapat ini dan tahap keyakinan bahawa talkum menyebabkan barah pada manusia?

Nasihat Kepada Pengguna Yang Risau Tentang Talkum Dan Risiko Barah

Kajian ke atas bedak talkum menunjukkan keputusan yang tidak konsisten, walaupun terdapat risiko barah ovari. Sehingga kini tiada barah jenis lain yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan bedak talkum.

Pengguna yang risau tentang risiko barah akibat penggunaan bedak talkum boleh mempertimbangkan alternatif lain seperti serbuk kanji jagung (cornstarch powder) yang tidak mengandungi talkum. Tiada bukti sehingga sekarang yang serbuk kanji jagung boleh menyebabkan sebarang bentuk barah.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap peraturan kosmetik dan produk penjagaan diri harus mengkaji kadar pendedahan pengguna di Malaysia terhadap talkum dan insiden barah.

Disamping itu pihak Kementerian juga harus menguji semua jenis bedak untuk memastikan jika ia dibuat daripada talkum, tiada kehadairan asbestos dalam bedak tersebut.

 

 

Sumber

Facebook Comments