Percutian Bajet Keluarga Ini Untuk 11 Orang- Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Cuma RM395!

Keluarga Nina Azahari yang terdiri daripada 11 orang semuanya, iaitu 6 dewasa dan 5 kanak-kanak dapat menikmati percutian bajet tanpa dirancang untuk 2 hari 1 malam dengan harga murah yak mat.

Bajet dalam RM395 mereka sekeluarga boleh tinggal dalam sebuah villa dekat Jalan Temoh Kampar, Perak yang dikelilingi alam semulajadi yang nyaman lagi privacy.

Kalau dicongak secara kasar pun kita dah tahu, betapa murah tak masuk akal harga percutian dengan penginapan 2 hari 1 malam untuk nilaian serendah itu.

Semua ini dijelaskan Nina dengan detail dan mak-mak yang plan nak bercuti itu boleh kutip pengalaman menarik bercuti penuh relaks dan santai keluarga ini.

 

Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy

Kos Dekat RM395 Stay 11 Orang Untuk 2 Hari 1 Malam

Kadang-kadang kita madam blur tak boleh fikir kat mana tempat bercuti yang sempoi dan relaks kat belah Perak ni kan?

Akhirnya trip tanpa dirancang Nina dan keluarga ini berakhir di Re Farm Leisure, Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, Temoh, Perak. “Tempat ini kat tepi jalan lama antara Temoh dan Kampar, Perak.”

Ini dia, tempat yang bagi saya paling relaks, cantik dan selesa dengan harga yang saya beritahu di atas. Harga tak sampai RM400 untuk 11 orang (6 dewasa dan 5 kanak-kanak).

Harga ini termasuklah penginapan, bayaran tambahan 2 dewasa dan 5 kanak-kanak masuk percuma saja. 4 dewasa lagi dah dapat masuk percuma sebab dah termasuk dalam tempat penginapan.

Macam mana famili ini boleh dapat percutian tersangatlah murah untuk 11 orang macam itu? “Kitaorang 11 orang decide stay kat villa.

Sebenarnya muat untuk 4 orang saja. Tapi kami sumbat ja sampai 11 orang. Sebab besar sangat villa tu. Orang Malaysia kan selagi boleh sumbat, kita sumbat.

So, tiket admission free untuk 4 orang saja. Lebih dari pada tu kena bayar. Ala tak mahal pun. Dewasa RM10, budak RM5.”

Kalau susah sangat nak jumpa, waze je Re Farm Kampar.”

 

Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy

Apa Yang Heaven Dalam Percutian Bajet Ini

1. Tempat ini boleh mandi manda tanpa stay. Bayaran seingat saya RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Kalau nak stay ada 2 jenis kemudahan penginapan. Boleh Google jenis rumah yang diinginkan. Ada yang jenis private villa, villa dan ada jenis cabin farm villa (toilet di luar)

2. Dekat sini ada Leisure Farm / Taman Santai yang dibuka dari 9 pagi sampai 6 petang. (Isnin – Ahad. Tutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum)

3. Dalam Re Farm ini ada mini zoo, vegetable farm , kolam ada 3 jenis (2 untuk orang awam, 1 lagi kolam untuk private villa). Boleh jungle tracking, boleh main pedal boat, net fishing dan boleh berbasikal. Syok sebab tak ramai sangat yang tahu tempat ini.

4. Yang best lagi, ada satu kolam ini. Air dia dari sumber air bukit. So sejuk.. kita orang berendam pukul 7.30 pagi. Menggigil oooii!

 

Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy

 

5. Kalau makan pula, untuk yang stay villa macam kita orang macam biasa tapau saja dari rumah. Tak payah membazir. Tapi kalau nak makan di restoran diaorang pun boleh.

Cuma kita orang tak rajin. Kalau uols nak bajet lagi, boleh keluar ke Pekan Kampar. Tak jauh sangat. Tapi mesti ada keretalah ya.

6. Bagi kita orang, stay sini sangatlah berbaloi. Sebab rasa privacy dia tu. Tak ramai sangat orang dan dengar pula bunyi cengkerik waktu malam. Tu yang best.

Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy Cuma Bajet RM395, Sebelas Orang Ini Boleh Stay 2 Hari 1 Malam Di Villa, Kelilingnya Alam Semulajadi Lagi Privacy

 

Kalau mak-mak mash blur tak tahu nak belanja famili bercuti ke mana, Trylah pergi dulu. Kalau stay villa tu boleh BBQ kat situ. “Kita orang ini tak sempat sebab unplanned trip kan. Next time maybe.”

Sumber/Foto : Nina Azhari

 

 

 

Sumber:MW

Facebook Comments