Ini Sebabnya Mengapa Mak Ayah Mesti Menyimpan Untuk Anak-anak Dari Sekarang!

Masih ramai mak ayah kurang kesedaran bab simpan duit untuk anak-anak, ada yang langsung tak menyimpan sebab habiskan beli mainan anak dengan harapan suatu masa anak ada rezeki lain.

Malah duit raya anak pun, mak ayah tak ambil simpan sebab bagi anak-anak beli apa yang dia suka. Betul ke tindakan kita tu?

Haa… cuba renungkan perkongsian Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria tentang kepentingan menyimpan duit untuk masa depan anak-anak.

Simpan Duit Untuk Anak

Scroll fb, banyak kali terjumpa posting yang lebih kurang macam ni: Tak perlu simpan duit untuk anak-anak. Anak ada rezeki sendiri.

Tak perlu runsing nak sediakan duit, rumah, kereta untuk anak. Anak nak sambung belajar boleh ambil loan atau belajar sungguh-sungguh dapatkan biasiswa.

Biar anak hidup sendiri dengan rezeki sendiri. Duit sendiri guna untuk diri sendiri: melancong tengok dunia. Sedekah. Berwakaf.

Tak perlu simpan duit banyak atau kumpul harta, bukan boleh dibawa m4ti. Nanti kita m4ti orang lain guna harta kita. Yang kita bawa ke akhirat adalah pahala dari harta yang kita belanjakan untuk agama.

Acik tak berapa nak setuju. Betul, duit kita perlu digunakan untuk diri sendiri. Bagus dah ajak orang bersedekah, infak, berwakaf. Tapi jangan sampai kata tak perlu simpan duit untuk masa depan anak dan tak perlu simpan harta sendiri.

Sampai Masa, Siapa Nak Bantu?

Katalah kita langsung tak menyimpan untuk anak, dengan harapan anak boleh hidup sendiri. Macam mana kita buat dulu, bermula dari tak ada apa-apa sampai boleh hidup senang. Mungkin perjalanan hidup kita dipermudahkan.

Tapi kita tak tahu kalau ditakdirkan anak kita jadi orang kurang upaya, sakit teruk, ditimpa kemalangan sampai tak boleh bekerja. Macam mana dia nak hidup kalau kita tak bantu?

Kalau kita tak mula menyimpan sekarang, waktu dah tua mana nak dapat duit untuk bantu anak? Kejap lagi ada yang komen kata jangan doa mintak yang bukan-bukan. Baca dengan akal. Ini bukan acik ajak doakan benda tak elok untuk anak. Ini acik bagi contoh supaya faham.

Duit Belajar Anak

Bab anak nak sambung belajar, betullah ada loan dan biasiswa disediakan. Tapi cukup ke duit tu? Kita tak payah bagi duit untuk makan minum, beli buku, bahan projek anak?

Katalah anak dapat belajar kat tempat jauh. Nak melawat kita kena naik kapal terbang. Katalah anak dapat belajar kat oversea.

Kalau kita tak menyimpan dari sekarang, takkan kita tak nak melawat anak walau pun sekali waktu kat universiti? Paling koman kita nak datang waktu anak konvo.

Kalau tak menyimpan dari sekarang, itulah yang jadi bergolok bergadai semata-mata nak berjalan.

Keadaan ekonomi dunia, kita tak tau macam mana. Lagi 10 tahun. Lagi 20 tahun. Tengok harga barang sekarang macam mana.

Zaman anak kita nanti entah berapa harga rumah? Nak nak kalau kat bandar besar. Apa salahnya kita beli sekarang kalau mampu?

Katalah anak kita ditakdirkan grad waktu ekonomi negara tengah teruk. Peluang kerja tak banyak. Walau pun graduan terpaksa kerja biasa yang tak pakai kelulusan.

Sekarang pun banyak keadaan macam ni kan? Salah ke kalau kita sebagai ibu bapa tolong anak sendiri untuk survive?

Tak Rugi Menyimpan

Tak tau orang lain. Tapi pada acik, kita kena seimbangkan di antara dunia dan akhirat. Kumpul untuk di sana, jangan sampai tercicir hal dunia. Sama macam kerjaya. Pulun untuk kerja, jangan sampai keluarga terabai.

Tolonglah menyimpan untuk diri sendiri, untuk masa depan, untuk keluarga. Tak rugi menyimpan. Tak nak simpan duit, ada banyak cari lain nak menyimpan.

Pesan wanita ini lagi, di facebook ni apa yang kita baca, tapis dulu sebelum terima. Tak kira walau siapa pun yang menulis.

Semoga bermanfaat.

 

 

Sumber

Facebook Comments