Mainan Anak Tak Perlu Banyak, Ini 5 Kelebihan Yang Didedahkan Oleh Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Rupanya mak ayah tak perlu belikan dan sediakan anak-anak dengan mainan yang banyak. Memadai mainan yang terhad dan sedikit kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan positif anak-anak nanti.

Ini tidak, lumrah mak ayah untuk menggembirakan anak-anak, punyalah macam-macam jenis mainan dibelikan, sampai tak de tempat nak simpan dirumah tu. Belum campur mainan yang bersepah-sepah, tak sempat dimain dan sebagainya.

Kelebihan anak hanya bermain dengan mainan yang sedikit ini didedahkan oleh Hazhari Ismail, Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak.

Berikut antara perkongsian ilmu oleh beliau yang boleh mak ayah jadikan panduan;

Betul ke parents kena sediakan toys yang banyak kepada anak-anak?

Lazimnya, toys dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan. Lambakan toys di pasaran memudahkan ibu bapa untuk membeli dan memberikan kepada anak-anak. Dari sekecil-kecil saiz, sehingga sebesar-besarnya. Serta, juga adalah sesuatu yang normal jika rumah disepahkan dengan toys tidak terkira. Untuk perkembangan anak-anak katanya.

Persoalannya, adakah benar memberikan toys yang terlampau banyak memberikan kesan yang positif kepada perkembangan mereka?

 

TOYS banyak VS. TOYS sedikit

Kajian tentang “The Influence of the number of toys in the environment on toddlers’ play” menjumpai toys yang ‘disisihkan’ akan mengurangkan kualiti waktu bermain, dan toys yang sedikit meningkatkan fokus serta attention span, juga promote kreativiti.

Bagaimana?

Apabila kanak-kanak mempunyai pilihan toys yang sedikit (masih lagi ada pilihan), mereka akan bermain dengan setiap mainan lebih lama dan lebih banyak interaksi. Ia termasuklah akal mereka yang terus berkembang untuk berimaginasi dan pretend play, self-expression, kemahiran fine motor skill dan koordinasi, even menyelesaikan masalah!

1.Menjadi Lebih Kreatif

Ada satu kajian yang dijalankan di nursery di Munich yang mengeluarkan toys di dalam premis. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan menjadi bosan, tetapi lama-kelamaan, mereka menggunakan barang basic atau resources dari persekitaraan untuk mencipta games dan berimaginasi yang lagi tinggi untuk bermain!

2.Memanjangkan Attention Span

Mainan yang terlalu banyak akan distract kanak-kanak untuk kekal fokus. Contohnya, jika permainan itu memerlukan problem solving skill, mereka berpindah kepada toys yang lain jika gagal menyelesaikan masalah dek kerana pilihan permainan lain yang lebih mudah. Jadi, kemahiran problem solving yang diinginkan itu tidak menjadi.

3.Kemahiran Bersosial Menjadi Lebih Baik

Dalam perkembangan sosial, bukanlah semata-mata bagaimana kita tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling. Tapi, kanak-kanak belajar how to maintain relationship dengan kawan-kawan dalam tempoh masa yang panjang dengan wujudnya hubungan secara interpersonal. Mereka akan menghargai orang sekeliling.

4.Menjaga Barang

Ini benda penting. Kita nampak kanak-kanak menyepahkan toys sebab terlalu banyak. Mereka tidak belajar untuk menjaga dan menghargai barang sendiri. Untuk membina dan mengajar tanggungjawab kepada kanak-kanak, ia perlu dimulakan dengan yang sedikit dan akan berkembang. Jadi, tidak lah bila lalu di depan kedai mainan, kita tidak mengajar mereka untuk sentiasa beli toys yang baru.

5.Belajar Berkongsi

Jika kita ada toys yang sedikit, mungkin di peringkat awal perebutan dan fighting akan berlaku antara kanak-kanak sebaya di taska/tadika, atau mungkin antara adik-beradik di rumah. Walaubagaimanapun, ‘pergaduhan’ itu perlu berlaku untuk establish sifat toleransi, kerjasama dan berkongsi. Maka, mereka akan jadi less selfish pada masa hadapan.

Nak kena buang ke toys yang berlambak dalam bakul kain tu?

Eh tak. Membazir kan tak elok. Ibu bapa boleh berikan toys secara berkala. Grouping kan toys tersebut. Berikan positive reinforcement. Tanya anak-anak, betul ke nak main toys banyak-banyak ni. Jadi ibu bapa takdelah nak pening kepala. Pening dengan toys yang dibeli tapi tak main (or belum main lagi). Dan pening dengan toys yang bersepah-sepah.Dah lah sakit kaki kalau terpijak.

Disclaimer – Saya bukanlah anti-toys. Saya melihat kesan kepada development kanak-kanak. Kalau toys yang banyak itu sesuatu yang merugikan developmentally and economically, marilah kita cari jalan lain yang lebih baik.

*Project ‘Der Spielzeugfreie Kindergarten’ (English version) by Regular Eissing
**The influence of the number of toys in the environment on toddlers’ play by Dauch et al (2018)

Sumber: Hazhari Ismail

 

 

Sumber

Facebook Comments