Dr Hairin (Pakar Pediatrik) Jelaskan Mengapa Pisang BUKAN Punca Sembelit. Mak Ayah Baca Sampai Habis

Baru-baru ini viral mengenai buah pisang yang dikatakan menjadi punca anak-anak boleh kena sembelit teruk sehingga hampir kena lakukan pembedahan. Ramai mak ayah yang mulai bimbang untuk beri anak-anak makan pisang yang selama ini menjadi kegemaran anak.

Baca Disini:
Kerana Pisang! Haziq Sembelit Teruk, Tak Kencing Lebih 4 Jam & Nyaris Kena Operate

Sebenarnya menurut pakar kanak-kanak Dr Hairin Anisa Tajuddin, pisang bukanlah penyebab kepada masalah sembelit. Ada faktor lain yang mak ayah perlu pertimbangkan yang boleh menjadi punca kepada anak sembelit.

Jemput baca perkongsian ilmu oleh Pediatrik ini;

BANANA @ PISANG & MACAM-MACAM MITOS.
Disini saya nak kongsikan bahawa PISANG BUKAN PENYEBAB KEPADA SEMBELIT!!

Apa Ada Dalam Pisang?

Pisang yang masak untuk dimakan mempunyai kandungan kanji BRS (Banana Resistant Starch) dan fiber bernama PECTIN yang mampu memudahkan sistem penghadaman dan mengekalkan kelembapan (kandungan air dalam najis) yang membuatkan najis NORMAL.

BRS dan Pectin ini tidak mudah dihadamkan untuk diserap makan kehadirannya dalam najis menyebabkan air daripada saluran USUS tidak dapat diserap ke dalam dar4h semula.

Ini konsep kecerunan kepekatan (gradients), di mana kawasan yang pekat (paras molekul besar-besar yang tinggi) akan menahan air darrpada pergi ke kawasan yang cair (banyak air dalam darah). Malah, molekul air daripada kawasan yang banyak air (cair) akan bergerak ke kawasan yang pekat (dalam saluran usus yang mengandungi BRS dan fiber PECTIN).

Doktor yang menasihatkan jangan makan pisang banyak itu sebenarnya tidak faham konsep physiology ini malah tidak bercakap menggunakan fakta…hanya percaya kepada mitos dan pengalamannya yang tidak benar.

Masalah sembelit tidak boleh kita permudahkan untuk menyalahkan sesuatu makanan. Sebenarnya yang menjadi kesalahan ialah doktor tersebut tidak mengambil sejarah lengkap tentang keseimbangan makanan pesakit setiap hari.

 

Punca-Punca Sembelit:

1.Hanya Bergantung Susu Formula

Adakah anak hanya bergantung kepada susu tepung FM tanpa makan makanan yang berkhasiat? Susu FM memang terkenal dengan kandungan maltodextrin, corn starch dan ia bukan susu asli.Susu FM adalah PROCESS FOOD yang tidak bagus kerana campuran-campuran untuk menjadikannya tepung termasuk kandungan gula sukrosa dll, akan membuatkan najis anak menjadi keras.Terutama jenis susu yang HIGH CALORIE, yang manis dan anak mengambilnya sangat kerap.

Jika anak umur satu tahun ke atas, sebaiknya penyusuan ibu perlu diteruskan dan anak sepatutnya sudah tidak bergantung hanya dengan susu…INI TIDAK BALANCE.

Makanan yang berzat perlu diambil setiap pagi, tinggi fiber juga baik seperti oat, empingan jagung bersama buah-buahan dan high fiber bread. Banyak ibubapa yang saya kira sangat malas, hanya SUMBAT BOTOL SUSU DENGaN FM awal-awal pagi & tidak memberikan anak-anak makanan sebagai sarapannya. Bila kenyang dengan hanya susu FM yang akan menjejaskan selera makan anak-anak. Then, complaint anak tak nak makan…maka, kuranglah pengambilan makanan berkhasiat lain terutama fiber.

2. Tak Makan Cukup Sayur & Buah

Adakah anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya? Ada yang bagitau saya, anaknya makan buah-buahan tapi jumlahnya ‘seciput’. Contohnya, untuk umur setahun dia boleh makan separuh epal/ 3 biji pisang emas/ separuh mangga, setiap kali sebelum hidangan beratnya.Tapi dia makan hanya 1-2 potong keping buah mungkin 2 kali sehari sahaja…memang tak cukuplah.

Tambahan diusia begitu, mereka akan menolak makan sayur-sayuran…buang segala sayur yang disumbat dalam mulutnya..maka lagi kurang fiber (serat), lagi tinggi risiko sembelitnya. Ingat fiber ini akan jadi seperti fungsi ‘sponge’ dalam najis untuk pastikan najis sentiasa lembab dan lembut ( normal).

3.Kurang Ambil Air

Adakah anak mengambil air / cecair secukupnya? Cecair sangat penting untuk memastikan sistem darah kita berjalan dengan lancar. Malah kehadiran air yang tinggi dalam najis akan bantu najis jadi lembap dan lembut.Ia memudahkan perjalanan najisnya ke saluran rektum supaya mudah dibuang.

Berkenaan potasium poisoning itu pun silap. Makan pisang setakat 3-5 biji sehari tak akan buat potasium tinggi dalam darah, kita ada ginjal untuk proses pembuangan lebihan potasium yang tak diperlukan. Sembelit mudah berlaku hanya jika KURANG POTASIUM dalam darah (Hypokalemia) yang buat usus seperti lumpuh (Paralytic ileus). Kanak-kanak yang muntah-muntah teruk akan berisiko kepada kekurangan potasium dalam dar4hnya kerana bila muntah-muntah, potasium akan terbuang sekali.

Jadi jangan mudah percaya dengan kata-kata yang tiada asas dan fakta yang benar walapun daripada seorang doktor. Perlu ada evidence based medicine.

Pisang ini bagus kerana ada sumber-sumber prebiotic juga unutk pembiakan bakteria baik.

Jom baca artikel-artikel yang saya share sikit dekat bawah…panjang sebenarnya journal ni, tapi saya ambil sekadar rujukan fakta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Baca Disini:
Kerana Pisang! Haziq Sembelit Teruk, Tak Kencing Lebih 4 Jam & Nyaris Kena Operate

Sumber: Dr Hairin Anisa Tajuddin

 

 

Sumber

Facebook Comments