Pengalaman Lahirkan Anak 25 Minggu 700 gram, Ibu Ini Pesan Wanita Hamil Jangan Stres & Terlalu Aktif

Pengalaman ibu ini yang melahirkan anak pramatang pada usia kandungan 25 minggu dengan berat badan semasa lahir hanya 700gram.

Puan Kiela Hamidi berkongsi mengenai perjalanan hamil dan melahirkan permata hatinya, Muhammad Akid bin Mohd Fazli yang genap berusia 9 bulan pada 25 Disember lalu.

 

Pernah mengalami membrane bulging pada 22 minggu & terpaksa dimasukkan ke wad

Doktor beritahu jika bayi lahir pada malam itu, mungkin tak dapat bertahan kerana berat baru 400gram. Doktor jelaskan risiko dan cadangkan untuk buat cerclage

 

Ibu alami pendarahan sejak lepas prosedur cervical cerclage. 4 hari sebelum bersalin darah fresh yang menitik keluar semakin banyak…

Tiba-tiba sedar kain basah, rupanya air ketuban. Kontraksi dah mula & bukaan 5sm. Doktor terus buka cerclage. Ibu sakit dan hanya mampu menangis

 

 

Lepas buka cerclage bukaan serviks jadi 8sm. Bila teran sekali Akid keluar & terus menangis. Belum tahu jantina terus ditolak ke NICU. Ibu nampak kepala kecil Akid yang banyak darah…

 

Hari pertama lihat Akid, kecil sangat, merah menyala. Air mata sahaja yang mampu mengalir. Tapi itulah tangisan ibu pertama dan terakhir sebab ibu tahu Akid kuat

 

Hari-hari melawat Akid & hantar susu. Ibu pesan Akid kena kuat. Hingga 145 hari di dalam wad Akid boleh discaj. Tapi 2 hari selepas itu masuk wad semula kerana nafas laju. Akid perlu ditahan di wad selama 3 minggu kerana serangan virus RSV hingga perlu intubate.

 

Pernah alami pendarahan kepala, jantung berlubang. Tapi Alhamdulillah semua dah tak ada. Alami jangkitan kuman sebanyak 3 kali, jangkitan kuman dalam darah 2 kali, alami keadaan paru-paru kronik, paru-paru berparut dan hypercalcinosis.

 

Ibu pesan kepada wanita hamil elakkan stresm elakkan terlalu aktif. Sayangilah kepada bayi dalam rahim. Apabila hamil, ibu perlu pentingkan  bayi dalam kandungan.

 

 

“25 minggu, 700gram, berat lagi gula dik”. Ibu doakan agar Akid sentiasa kuat. Harap semua ibu yang ada anak pramatang kua.

Sumber: Kiela Hamidi