Kesihatan mental Remy Ishak belum pulih

Masih takut untuk keluar rumah berjumpa orang ramai mahupun ketika ditemu bual media, mas4lah kes.ihatan mental Remy Ishak ternyata masih belum pulih sepenuhnya.

Ini jelas daripada riak wajah pelakon itu yang kelihatan tidak selesa dan gementar apabila didekati sekumpulan media yang ingin membuat temu bual bersamanya ketika majlis tayangan perdana filem Harum Malam baru-baru ini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 41, mengakui dia masih lagi berdepan dengan mas4lah kesih4tan mental seperti mana pernah dikongsikan sekitar tiga tahun lalu.

Jelas pelakon berkenaan, dia sendiri tidak pasti mas4lah sebenar dihadapinya malah sehingga ke hari ini wujud perasaan takut berdepan dengan orang ramai.

“Keadaan saya masih belum okey lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu mas4lah sebenar peyakit ini.

“Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Remy berkata, mas4lah tersebut turut menggangu tumpuannya di lokasi namun berusaha mengatasi segala ket4kutan demi survival kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Disebabkan masalah itu juga, Remy berkata, dia berhasrat memperlahankan karier pada tahun ini bagi memberi fokus kepada kesih4tan dan pemulihan.

“Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah.”

Selain Remy filem tersebut turut dibintangi oleh Idan Adean, Bront Palarae, Nadiya Nissa, Arnie Shasha, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Filem terbitan kerjasama D’Ayu Pictures, Skop Productions dan Apparat ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari.

 

 

 

Sumber: mst4r