Dekat 2 Jam Ibu Ini Memandu Nak Rawat Anak BERTAHUN EKZEMA, Lepas Jumpa Doktor Tahulah Puncanya Alergik Yis

Sekarang ini memang ramai anak-anak kecil yang berhadapan masalah ekzema. Dari yang sederhana sampailah kronik. Apa puncanya memang susah mak-mak nak jumpa. Macam mana nak rata.. Lagi susah hati bila anak tak berhenti menggaru.

Berdarah dan nanah itu dah macam mainan mata untuk mak-mak. Menangis dalam hati dah tak terhitung banyaknya. Tak boleh menangis depan anak, hati kena kuat dan cekal.

Kalau mak sama nangis, lagi down nanti anak-anak ekzema. Asal sebut krim bagus, mandian dan macam-macam cara rawatan dah dicuba. Yang murah, yang mahal.. sebut saja. Tak pernah mak ‘termissed’ beri pada anak.

Inilah juga yang Puan Zurianty Sudin alami dalam merawat penyakit ekzema anak perempuannya yang bernama Alessya. Kata ibu anak empat ini, penyakit yang menyerang anaknya ini dah dialami sejak dari lahir.

Demi permata hati, ibu ini rela memandu sejauh 2 jam selepas dimaklumkan oleh temannya ada seorang doktor pakar kulit yang bagus di Tangkak. Dan dari hasil pertemuan dengan Dato’ Dr itulah, dia tahu rupanya selama ini anaknya alahan atau alergik pada yis.

 

 

 

Cara Doktor Ini Rawat ‘Cari Punca Masalah’

Sebab ramai yang tanya ibu ini pun memberikan jawapannya. “Yes, we went to see Dato Dr Wong Meng Kiang in Tangkak. Yes Tangkak, Johor ya. Tak jauh, less than 2 hours from KL je.”

Aleesya alami mild ekzema sejak dari lahir. Segala jenis ubat dan macam-macam doktor dah pergi.

It’s so hard for us parents to understand fully in this eczema arena. Different kids, different spectrum. So, memang banyak orang kasi tips, products etc, but memang try and error la.

Not everything works for everyone. Since baby Aleesya tried macam-macam jenis products. Paling ok is Elomet cream. Tapi if 1-2 hari tak letak, akan jadi luka and berdarah balik.

Kasihan ya tengok dia malam-malam nangis sakit luka pedih. Lagi pun Elomet ada steroid, long term usage tak elok.

Sampailah ramai kawan saya maklumkan, “Zu, you asyik pergi Tangkak for kerja, tau tak ada good skin specialist yang you boleh jumpa for Aleesya?”

Terus teruja nak mencuba. Selepas mencari peluang dan masa. Ibu ini bawa sekali anaknya, sekali jalan nak ke tempat kerja dan akan singgah ke klinik. Akhirnya sudah menjadi rezeki mereka sampailah juga ke Klinik Dr Wong.

Dr Wong sangat sangat friendly. Banyak sangat nak tanya dia. Tapi kasihan orang kat luar pun lama tunggu. Tak apalah next time kita interview dia.”

Secara dasarnya, cara Dr Wong merawat pesakitnya adalah dengan mencari punca masalah (FIND THE CAUSE OF THE PROBLEM).

Ekzema ini penyakit kulit tapi cara nak sembuh bukan sapu krim semata-mata. Mak ayah perlu tahu apakah punca sebenar yang menyebabkannya.

 

Dekat 2 Jam Ibu Ini Memandu Semata-mata Nak Rawat Anak Bertahun Ekzema, Lepas Jumpa Doktor Tahulah Puncanya Alergik Yis

 

Ini Ujian Yang Aleesya Lalui Untuk Tahu Punca

The examination test so fast. Dr suruh Aleesya pegang beberapa tiub, yang mengandungi bahan. Doktor minta ibu ini depangkan tangan dan doktor akan buat tekanan pada otot.

Sebab Aleesya kecil, so Aleesya pegang tube and Dr tekan my hand. Paham tak? Tak paham takpe. Haha.”

Kemudian, selepas beberapa kali doktor menukar tiub barulah dapat jawapan. Rupanya anaknya alahan atau alergik pada yis.

She is ALLERGIC to YEAST. All sorts of food yang contains yeast dia kena avoid at least 2 months.

I don’t really know how does it works, but yes. Itulah cara doktor tahu you alergik apa.

This method called kinesiology assessment.” Dr periksa Aleesya ALLERGY apa, jadi kita elakkan ambil benda-benda tu, barulah boleh tengok ekzema makin elok ke tak.

Then dia kasi ubat cream, antidote untuk Aleesya consume everyday. Total bill was RM300, but i rasa worth it and no harm to try. Kena tahu apa she’s allergy to juga, dah bertahun-tahun beli cream and sapu, tak baik pun kan.”

Mak-mak Yang Nak Cuba..

Silalah cuba. Datang awal dalam 8.30 am macam tu. Ambil nombor dan bawa-bawalah bersabar menunggu giliran ya.

Bawalah buku ke apa ke to kill time. Klinik dia tengah-tengah bandar Tangkak. Nak jalan-jalan tengok keindahan bandar Tangkak pun boleh ikut suka hati korang la.

 

Dekat 2 Jam Ibu Ini Memandu Semata-mata Nak Rawat Anak Bertahun Ekzema, Lepas Jumpa Doktor Tahulah Puncanya Alergik Yis

 

Ini Tangan Aleesya Beberapa Bulan Lalu

Ini keadaan tangan Aleesya few months ago. Yang paling teruk. Kasihan tengok dia. Nak ambil barang pun susah. Masa mandi nangis, tengah malam nak tidur nangis sebab gatal dan pedih.

Sebab itu usahakan juga cari jalan nak baikkan ekzema dia.

So, for all parent, good luck. Orang dewasa atau orang tua pun boleh untuk buat rawatan di situ.

 

 

 

Sumber: Mingguan Wanita

Facebook Comments