Kalau nak panjang umur kurangkan minum air manis!

CAMBRIDGE, Massachusetts – Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman ditambah gula meningkatkan risiko kema tian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kan ser khususnya kepada wanita, lapor jurnal Circulation baru-baru ini.

“Meminum air kosong berbanding minuman manis adalah pilihan lebih sihat dan boleh meningkatkan jangka hayat,” kata ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik.

“Soda diet mungkin boleh membantu mengurangkan pengambilan air manis secara berperingkat tetapi air kosong adalah pilihan paling baik,” tambahnya.

Penemuan itu merangkumi semua jenis air ditambah gula termasuk minuman ringan sama ada bergas atau tidak, air berperisa buah, minuman tenaga dan minuman sukan.

Selain risiko lebih tinggi bagi wanita, mereka yang meminum dua atau lebih hidangan air manis sehari berdepan risiko kema tian awal sebanyak 31 peratus lebih tinggi.

Penggunaan pemanis tiruan juga dapat meningkatkan risiko kem atian.

“Penemuan ini mengukuhkan lagi sokongan kepada polisi bagi mengehadkan pemasaran minuman manis kepada kanak-kanak dan orang muda serta pelaksanaan cukai soda kerana harga jualan semasa yang murah tidak mengambil kira kos rawatan mahal di kemudian hari,” kata penyelidik bersama kajian itu, Professor Walter Willett. – Agensi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: kosmo