Minum guna straw boleh buat kembung perut

“MESTI tadi kau makan banyak sangat, sebab tu perut kembung”. Itu antara jawapan yang sering kita dengar setiap kali mengalami masalah kembung perut.

Tapi tahukan anda sebenarnya terdapat pelbagai sebab lain kepada permasalahan tersebut dan makan banyak bukan satu-satunya sebab kepada permasalahan tersebut.

Kembung perut juga tidak boleh dibuat main dan sekiranya ia kerap berlaku segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin petanda kepada penyakit lebih serius.

1. Garam berlebihan dalam makanan

Walaupun nampak halus tetapi sebenarnya garam dapat menyumbang kepada masalah kembung perut apabila ia diambil secara berlebihan.

Garam berlebihan dalam makanan menyebabkan ia menghalang air keluar daripada badan dan menyebabkan kembung perut.

Walaupun ia tidak serius, namun dalam jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan masalah tekanan darah yang menyebabkan penyakit da

rah tinggi dan angin ahmar.

 

2. Sembelit

Selain faktor pemakanan, masalah kembung perut juga dikaitkan dengan sembelit. Kebiasaannya ia tidak berlarutan terlalu lama namun itu bukan bererti kita boleh pandang ringan.

Sembelit berlaku disebabkan pengambilan makanan tidak sesuai dan cuba ubah diet dan memperbanyakkan minum air, buah-buahan dan sayuran selain bersenam secara kerap.

3. Hasil tenusu

Mungkin ada daripada kita yang gemar mengambil makanan atau minuman berasaskan susu tetapi tanpa disedari ia sebenarnya turut menyumbang kepada masalah kembung perut.

Keadaan itu berlaku apabila badan seseorang tidak dapat memproses kandungan gula yang terdapat dalam susu dan kebiasaannya ia disebabkan faktor genetik seseorang.

 

4. Datang bulan

Untuk golongan wanita – Masalah kembung perut juga boleh berpunca daripada rutin bulanan anda.

Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan namun anda boleh cuba minum air yang banyak selain mengelak makanan bergula serta kafien.

 

5. Minum melalui straw!

Siapa sangka minum menerusi straw sebenarnya boleh menyebabkan masalah kembung perut! Tapi bagaimana?

Menurut kajian, udara yang disedut menerusi straw akan menukarnya menjadi gas dalam badan.

Selain straw, makan dengan gelojoh,mengunyah gula-gula getah malah menghisap gula-gula keras boleh menyebabkan keadaan itu.

Jadi tidak salah sebenarnya kerajaan mengharamkan penggunaan straw – selain membantu mengekalkan alam sekitar ia juga baik untuk kesihatan kita.

 

 

 

Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:mstar