Punyalah Banyak Khasiat Durian Belanda, Patutlah Ramai Yang Suka & Cari Buah Ini!

Rupanya punyalah banyak khasiat buah Durian Belanda ni, patutlah ramai yang suka dan cari buah ni. Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, pencuci mulut dan sebagainya.

Berikut antara khasiatnya:

1.Bermanfaat Untuk Jantung & Mencegah Kerosakan Saraf

Vitamin B1 yang terkandung dalam buah Durian Belanda ini akan membantu meningkatkan kadar metabolisme, peredaran darah dan mencegah masalah saraf. Ia juga mengandungi vitamin B2 yang sangat penting dalam penghasilan tenaga dalam badan, penyimpanan lemak serta menjaga fungsi saraf dan mengelokkan otot jantung.

2.Vitamin C & Antioksidan Tinggi

Buah Durian Belanda juga kaya dengan vitamin C yang merupakan antioksidan yang sangat baik. Ia meningkatkan daya tahan dan melambatkan proses penuaan.Malah, Buah durian belanda ini juga mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi.

3.Diuretik Semula Jadi

Isi buah ini mengandungi hampir 84% air yang dapat menghidratkan badan. Ia juga bertindak sebagai diuretik untuk merawat edema atau kekurangan air dalam badan.

4.Memberikan Tidur Yang Lena

Buah Durian Belanda mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai tryptophan yang memberikan rasa ketenangan dan mengantuk. Maka, ia sememangnya sangat bagus untuk mereka yang menghidapi isnomnia.

Daunnya juga sering digunakan dalam rawatan aromaterapi dan membantu untuk tidur. Buahnya pula membantu untuk mengawal tekanan darah dan hipertensi.

 

5.Meningkatkan Tenaga dan Daya Tahan

Buah Durian Belanda memiliki kandungan fruktosa yang tinggi iaitu satu bentuk gula ringkas( monosakarida ). Juga mengandungi sumber semula jadi karbohidrat, ia dapat memberikan anda kekal segar dan membekalkan tenaga secukupnya. Buah ini juga dapat meningkatkan daya tahan disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi.

6.Merawat Buasir dan Keracunan Makanan

Buah Durian Belanda dipercayai berkesan untuk merawat buasir. Maka untuk tujuan ini, perah buahnya untuk mendapatkan paling kurang satu cawan airnya dan minum dua kali sehari pada waktu pagi dan tengah hari untuk mendapatkan kelegaan.

7.Membunuh Parasit dalam Badan

Buah Durian Belanda kaya dengan nutrian yang sangat penting dalam pertumbuhan badan. Nutrien seperti asid amino, asid askorbik, kalsium, karbohidrat, zat besi, fosforus, thiamine, serat dan riboflavin merupakan nutrien-nutrien yang menghalang jangkitan parasit dalam badan.

8.Merawat Ulser Mulut

Jika mengalami ulser mulut, bolehlah menumbuk daun buah Durian Belanda bersama air dan letakkan pada bahagian yang sakit. Dengan cara ini akan mengurangkan saiz ulser tersebut sedikit demi sedikit sehingga sembuh tanpa melukainya.

9.Merawat Demam

Teh yang dibuat daripada buah Durian Belanda dapat membantu mengurangkan suhu badan. Di Afrika, kanak-kanak dimandikan dengan air daun buah Durian Belanda untuk merawat demam.

Jadi selepas ini, bolehlah amalkan makan ataupun minum jus durian belanda selalu jika mahu perolehi manfaat seperti diatas.

 

Sumber

Facebook Comments