Kisah Tukang Gunting Rambut Yang ‘Lurus’

SEORANG tukang gunting rambut mencukur kepala seorang pelanggan dengan bentuk butang ‘play’, gara-gara pelanggan itu menunjukkan sebuah video yang dalam mod ‘pause’ (berhenti seketika).

Pelanggan dari China itu mahu gaya rambutnya kelihatan trendy seperti seorang model di dalam video.

Bagaimanapun, rambutnya yang kini dicukur begitu besar akibat kesilapan tukang gunting menjadi tular.

Menurut laporan, pelanggan tersebut sedang menonton sebuah video sementara menunggu gilirannya untuk dipo tong rambut.

Dia kemudian menemui gaya rambut yang menjadi idamannya.

Pelanggan tersebut menghentikan rakaman menggunakan butang ‘pause’ dan menunjukkannya kepada tukang gunting rambut.


Video yang ditunjukkan pelanggan dalam mod ‘pause‘.

Dia kemudian ditanya sama mahu juga mempunyai gaya berbentuk tiga segi.

Tanpa menyedari ia bermaksud tanda ‘play’ yang kelihatan di tengah-tengah skrin yang dihentikan seketika, pelanggan terbabit menjawab ‘ya’.

Tidak lama selepas itu, rambutnya dicukur dan mening galkan tanda tiga segi.

Imej gaya rambut dan rakaman video yang dihentikan seketika itu dikongsi oleh seorang penulis blog ‘Tian Xiu Bot’ di laman sosial Weibo, pada 30 Disember lalu.

Penulis blog itu bergurau: “Tak ramai pendandan rambut yang teliti seperti ini.”

Seorang lagi berjenaka: “Ini merupakan trend rambut terbaharu.”

Seorang lagi pula berkata: “Saya menonton (video) sebanyak tiga kali sebelum menyedari bahawa ia adalah tanda ‘play’. – Mirror Online

 

 

Sumber:mstar

Facebook Comments