‘Shrek’ sememangnya wujud di alam nyata!

Movie Shrek memang terkenal especially bila digandingkan dengan Princess Fiona dari negara Far Far away… Tahukah korang yang watak Shrek ni memang ada di alam nyata?

Maurice Tillet, yang juga dikenali sebagai ‘The French Angle’ atau malaikat atau ‘Ugliest Man in the World’ merupakan pemuda Shrek yang benar2 wujud di alam nyata.

Walaupun digelar paling hodoh didunia, Maurice seorang yang sangat sofisticated, berpendidikan, dan cerdik sebab itulah tak hairan jika dia adalah seorang peguam terkenal di Perancis yang berperwatakan unik dan istimewa lain dari yang lain.

Walau bagaimanapun, ramai yang tak tahu rupanya tu sebenarnya kesan daripada penyakit yang dihidapinya hinggalah mengubahnya daripada menjadi seorang lelaki biasa bertukar kepada anti social kerana kecacatannya tu.

Lelaki yang dikatakan menjadi sumber inspirasi watak movie Shrek itu juga merupakan seorang askar, ahli gusti yang terkenal, dan juga seorang pelakon aksi yang dikagumi – walaupun menanggung kesakitan dan hampir mengasingkan diri kerana malu, dia akhirnya bangkit dan cuba bersikap positif dan percaya itu semua adalah ketentuan tuhan walaupun ianya adalah penyakit kronik tiada ubatnya.

Maurice mula berubah bentuk fizikal semasa berusia 17 tahun. Semasa dia berumur 17 tahun, kaki, kepala tangannya tiba2 mengembang hingga menjadikannya seakan gergasi.

Zaman kanak2nya normal hinggalah dia berpindah ke Perancis bersama keluarganya. Maurice mendapat pendidikan tinggi di Sekolah Katolik St. Philip Neri, di mana disekolah tu ibunya juga merupakan seorang guru bahasa dan agama.

Maurice juga minat dalam bidang perundangan. Dia sempat menjadi peguam.

Walau bagaimanapun, apabila dia mencapai umur 17 tahun, pertumbuhan fizikal badannya mula berganda mengembang luar biasa termasuk kepala, dada, tangan, dan kaki.

Doktor mengesahkan yang dia menghidapi sejenis penyakit ‘acromegaly’ yang disebabkan oleh ketumbuhan tumor kanser aktif luar biasa pada kelenjar pituitari, mengakibatkan pertumbuhan tulang dan tisu begitu cepat membesar berkali ganda.

Walaupun Memiliki Ijazah Undang-Undang, Dia memilih untuk menjadi Seorang ahli tinju.

Oleh kerana keadaan fizikalnya tu, Maurice meninggalkan cita2 dan impiannya menjadi seorang peguam lalu menukar kerjaya yang sesuai dengan saiz badannya tu.

Dia dibantu oleh rakannya yang juga terkenal dalam sukan tinju iaitu Karl Pojello, sehinggalah dia menjadi terkenal di seluruh dunia dengan mendapat gelaran “The Angel”.

Dia juga dikatakan sempat berlakon dalam sebuah filem Perancis pada tahun 1935 bertajuk Princesse Tam Tam.

 

Dia Mungkin menjadi watak Inspirasi Untuk DreamWorks filem ‘Shrek.

Walaupun DreamWorks enggan memberi komen mengenai perkara itu, jelas bahawa Maurice dan Shrek mempunyai wajah yang serupa.

Sumber: graveyardshift

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Ratusembang

Facebook Comments