Alahai Mudahnya Buat Sotong Kentang Goreng, Gerenti Kenyang Confirm Sedap!

Buat penggemar sotong dan kentang goreng, resipi mudah ini memanglah wajib kena cuba! Gandingan protien dan karbohidrat, gerenti boleh buat perut kenyang dan pastinya sedap.

Nak buat pun mudah sangat bahan-bahan pun tak banyak. Mak-mak bolehlah cuba buat dirumah, anak-anak mesti suka & makan bertambah.

Bahan-Bahan:

Sotong basah 1/2 kilogram
Kentang 5 biji
3 sudu tepung Bistari
3 Sudu Tepung Beras
1 biji telur

 

Cara Membuat:

1. Potong Kentang panjang-panjang, kemudian sumbatkan padat-padat dalam sotong.Kemudian ketepikan.

2. Campurkan Tepung Bistari dengan tepung beras serta telur sebiji. Bancuh seperti nak buat cekodok. Jangan pekat dan jangan pula cair.

3. Celup sotong satu persatu dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan. Dah siap goreng, boleh dicicah dengan sos cili dan mayonis. Confirm sedap!

Senang,kan?? Selamat Mencuba!

 

 

 

Kredit Resipi:Khairil Bariah

 

Facebook Comments