GOLDEN BALL ALA SUSHI KING.. Ni kalau buat anak2 pasti suka…

Sempena cuti tahun baru ni, Mak-Mak bolehla cuba resepi yang ringkas dan sedap ni untuk anak-anak.

Nak buat sebagai bekal utk ke sekolah pun boleh!

Bahan2:
Telur ayam – direbus dan dikupas kulitnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan salut

Telur ayam – dipukul
Tepung tempura
Breadcrumb secukupnya

Caranya:
Didihkan air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.
Apabila telur telah sejuk kupaskan kulitnya.
Celupkan telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.
Salutkan pula dengan tepung tempura sehingga rata. Ulang 2 kali.. Kemudian celupkan semula dengan telur.
Akhir sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis.
Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.

Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya.


Bahan2 topping:
Filamen ketam
Mayonis

Caranya:
Rebus sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi. Campurkan dengan mayonis dan gaul rata.

SELAMAT MENCUBA.
Kredit: Asmalizan Ismail via Cempedak Cheese

Facebook Comments