Video Resipi Sambal Gesek Ikan Bilis Sedap Sheila Rusly Ini Dapat Tontonan Hampir 500ribu!

Bagi yang mengikuti laman instagram milik Sheila Rusly,46 pasti biasa melihat perkongsian air tangan oleh Penerbit JS Pictures ini yang rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.

Sheila Rusly diakui merupakan antara selebriti yang hebat memasak di dapur dan mempunyai program rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan” yang telah 14 tahun menghiasi kaca tv.

Antara perkongsian video resipi yang mendapat perhatian ramai adalah Sambal Gesek Ikan Bilis yang digesek menggunakan lesung daripada Indonesia.

Perkongsian video tersebut mendapat tontonan hampir 500 ribu di laman Instagram isteri kepada Pengarah Jinggo ini.

Berikut perkongsian resipi Sambal Gesek Ikan Bilis oleh Sheila Rusly:

Bahan-Bahan:

Cili merah
Cilipadi
Bawang merah
Bawang putih

Belacan
Limau nipis
Maggi cukup rasa
Ikan bilis (goreng garing

Cara Membuat:

1.Goreng dahulu semua bahan-bahan tersebut.

2.Gesekkan atau lumatkan cili padi, cili merah, belacan, bawang merah dan bawang putih terlebih dahulu.

3.Kemudian letak sedikit serbuk perasa dan perahkan limau nipis.

4.Selepas itu letakkan pula ikan bilis yang telah digoreng tadi.

4.Gesekkan dan lumatkan sekali lagi sehingga sebati.

Siap!

Selamat Mencuba!

Sambal gesek ni sedap dinikmati bersama ulam-ulaman segar, telur masin atau dimakan begitu sahaja pun dah boleh bertambah 2 pinggan nasi! Mak-mak kena cuba resipi ini nanti iya!

Sumber: Sheilarusly_jspictures

 

 

Sumber

Facebook Comments