5 Bahan Buat Kuih Peneram, Nak Lagi Sedap Kena Perap Adunan Doh Semalaman

Kuih Peneram antara kuih tradisonal kegemaran ramai.Kecil, comel dan sedap makan panas-panas.Rupanya mudah je nak buat kuih peneram sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun tak banyak dan lebih jimat dan berbaloi berbanding dibeli.

Menurut perkongsian resipi oleh Puan Zalina Zali, kuih peneram ini hanya perlukan 5 bahan-bahan dan adunan dohnya perlu diperap sekurang-kurang 4 hingga 5 jam sebelum ditekap dan digoreng. Namun jika ingin lebih rasa sedap adunan doh tersebut perlu diperap semalaman.

Berikut antara perkongsian wanita ini;

“Siap mengoreng..buat kudap anak-anak duduk depan tv.Nak pulak peneram tengah panas-panas nie lagi la sedap”.

Resepi Peneram

Bahan-Bahan:

4 cawan tepung beras cap gajah

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan gula merah*

1 cawan gula pasir*

1 cawan air*

Cara-Cara Membuat:

1.Bahan-bahan yang bertanda * tu campur dan masak sampai mendidih.

2.Siap terus tuang dalam tepung, kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas.

3.Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman.

4.Dah siap perap boleh lah tekap.

5.Goreng hingga masak.

Selamat mencuba!

Info Ekstra!

Sebelum tekap saya sapu minyak dulu dekat plastik..baru senang angkat.

Sumber: Zalina Zali

 

 

Sumber

Facebook Comments