Jom Buat Creamhorn Crumble Sedap. Sedap nih!

Sekarang ni tengah musim Creamhorn Crumble berinti kastard ni. Memang sedap lebih-lebih lagi kalau makan yang baru keluar dari peti sejuk.

Pastri yang rangup dan ditutupi dengan crumble enak. Tambah pulak inti yang lemak berkrim. Memang sedap.

Bagi anda yang teringin nak cuba tapi tak jupa orang yang jual, ha…resipi mudah perkongsian saudari Shima Maz dari Singapura ini boleh dicuba. Memang terbaik!

 

CREAMHORN CRUMBLE BERINTI KASTARD

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket puff pastry saiz 8″
  • 1 biji telur – dipukul sedikit untuk gam
  • Acuan creamhorn secukupnya – kalau tak ada boleh DIY sendiri. Guna kertas [email protected] kad buat acuan kon dan balut dengan aluminium foil

BAHAN CRUMBLE:

  • 100gm tepung gandum
  • 50gm mentega
  • 50gm gula pasir
    (campurkan semua bahan dan ramas sehingga menjadi seakan serbuk roti)

CARA MEMASAK:

1. Ambil sekeping puff pastry, potong 7 bahagian ( Puan Shima potong 10 bahagian).

 

2. Ambil satu dan canai hingga nipis menggunakan kayu penggelek. Letakkan dihujung acuan dan lilitkan. Sapukan telur dihujungnya supaya melekat. Buat sehingga habis.

 

3. Sapukan telur di permukaan pastri dengan menggunakan berus, kemudian golekkan diatas crumble tadi.

 

4. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 200c selama 25 minit @ sehingga kuning keemasan, mengikut oven masing-masing.

 

5. Keluarkan pastri creamhorn dari acuan dan sejukkan sebelum meletakkan inti.

 

BAHAN INTI VANILLA KASTARD:

  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 6 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan whipping cream – (Puan Shima guna non-dairy whipping cream. Jika tiada, boleh abaikan tetapi letak whipping cream rasa inti akan lebih sedap)

CARA MEMBUAT:

1. Campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan whipping cream. Kacau sebati dan masak dengan api sederhana.

2. Kemudian masukkan mentega. Sentiasa kacau sehingga kastard menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan.

3. Pukul whipping cream sehingga kental dan campurkan ke dalam kastard yang telah sejuk tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

4. Masukkan kastard ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam pastri Creamhorn yang telah sejuk tadi. 

   

5. Sedia untuk dinikmati.

 

INFO:

  1. Adunan ini boleh dapat 35 biji Creamhorn
  2. Pastri perlu dicanai hingga nipis supaya bila masak, teksturnya menjadi garing dan tidak tebal.

 

Kredit foto & dicuba oleh: Shima Maz

Kredit resipi asal: Nureen Frozen Food

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: Rasa

Facebook Comments