Pancake 3 Bahan TANPA Tepung, Sesuai Sangat Untuk Yang Tengah Berdiet

Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.

Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.

Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”

Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung

3 biji pisang

2 biji telur

Satu sudu madu

Ini Cara Buatnya

 

 

Pancake 3 Bahan Ini Tak Guna Tepung Pun, Sesuai Sangat Untuk Mak-mak Tengah Berdiet Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.

 

Pancake 3 Bahan Ini Tak Guna Tepung Pun, Sesuai Sangat Untuk Mak-mak Tengah Berdiet Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.

 

Pancake 3 Bahan Ini Tak Guna Tepung Pun, Sesuai Sangat Untuk Mak-mak Tengah Berdiet Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.

 

Sumber/Foto : Yanie Rosdi

 

Facebook Comments