Resepi Ayam Panggang Serai Dengan Air Asam Istimewa. Kecur Tengok!

Kalau ada masa , resepi ayam panggang serai ni memang sedap untuk anda bakar di atas bara api untuk dapatkan aroma panggangnya, tapi kalau masa tidak mengizinkan, jangan risau.Lepas siap perap masuk sahaja dalam oven. Bakar dalam tu kan.

Apa yang paling penting untuk pastikan resepi ayam panggang serai ini betul-betul terasa kesedapannya, anda perlu pentingkan masa perapan. Minima 4 jam atau seeloknya, perap malam letak dalam peti bahagian biasa, bakar keesokkan pagi. Semalaman hasil bahan kisar meresap masuk dalam isi ayam. Memang terbaik.

Terima kasih kepada Puan Adnilsam Apat atas resepi ayam panggang ini untuk kita cuba bersama. Jom tengok bahan dan cara buat air asam dulu.

Makan dengan nasi putih , cicah ayam panggang dengan air asam ni memang boleh buat bertambah nasi. Manakan tidak, masa buat dah kecur air liur.

Bahan Resepi Air Asam Pencicah Ayam Panggang :

  • 1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun kesom
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk beras pulut sangai – sangai je tepung beras pulut.Goreng tanpa minyak.
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu makan gula kelapa thai (thai palm sugar)- kalau takde boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu makan pes asam jawa adabi- cairkan dgn sedikit air panas
  • 2 sudu makan thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis diambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu makan minyak zaitun jika mahu

Cara Penyediaan Air Asam Pencicah :

#1: Sedikan semua bahan lepas tu masukkan semua ke dalam satu bekas. Sesuaikan rasa ikut kemahuan selera anak tekak anda.Hee. Siap dah .Senang je kan.

Bahan Resepi Ayam Panggang Serai Sedapnya :

Untuk 1 ekor ayam saiz 1.5-2kg ya.

  • 7 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 batang serai- hiris nipis2, kemudian tumbuk halus
  • 1/2 sudu makan  lada hitam ditumbuk halus
  • 3 sudu makan gula perang ditumbuk
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh serbuk cajun – boleh di beli di pasaraya
  • 4 sudu makan minyak jagung
  • 1/2 biji perahan limau nipis
  • Garam secukup rasa
  • Aji- optional

Cara Penyediaan Resepi Ayam Panggang Serai :

#1: Belah ayam di bahagian tengah.Bersihkan ayam dan cucuk dengan garpu di bahagian isi dada dan lain untuk bolehkan hasil perapan masuk ke dalam isi.

Tumbuk bahan perap yang perlu ditumbuk hingga halus. Sediakan bahan perapan dan mula sapu pada seluruh permukaan ayam. Urut-urut lembut supaya bahan perap masuk ke dalam dan rata.Perap minima 4 jam atau semalaman.

#2: Letak aluminium foil atau kalau oven anda besar, boleh cucuk pada tengah tempat khas untuk golek ayam. Panaskan oven dan bakar pada suhu 200’C selama 1 jam 20 minit atau sehingga ayam masak bergantung pada saiz ayam.

Siap untuk dimakan. Memang sedap sungguh cicah dengan air asam ni.Best.Selamat mencuba.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: daridapur

Facebook Comments