Resepi Kuih Tradisional-Tepung Gomak

Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.

Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek.

Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalibmemasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…

TEPUNG GOMAK OMAK DEN

BAHAN-BAHAN :

Bahan kulit :

  • 1 kg tepung pulut
  • 500g keledek direbus | dilecek
  • 2 sudu besar air kapur
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 800ml air

CARA MASAK :

  1. Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.

3.Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus.

4.Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.

 

Bahan inti :

 

  • 1 biji kelapa parut
  • 80gm gula pasir
  • 80gm gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar warna coklat
  • 50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang

*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut

CARA MASAK :

  1. Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
  2. Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
  3. Masak hingga kering, api kecil .

Bahan tepung kacang hijau :

*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya

CARA MASAK :

  1. Basuh kacang hijau sehingga bersih
  2. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan
  3. Kemudian dikisar halus
  4. Ayak tepung sebelum digunakan.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber:rasa

Facebook Comments