Resepi Mudah Bubur Sum Sum Lembut Lagi Manis

Bubur sum-sum merupakan sejenis kuih yang dimakan dengan kuah manis (air nisan/gula). Bubur sum-sum mempunyai rupa dan rasa yang hampir sama dengan kuih lompat tikam tetapi bubur sum-sum hanya mempunyai bahagian kepala (kuih lompat tikam) (bahagian atas yang bewarna putih).

Bubur sum-sum dibuat daripada tepung beras dan dihidangkan bersama-sama air gula kabong.

Berikut ialah cara membuat bubur sum sum perkongsian dari puan Juju Minhad 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu tepung jagung
  • 4 1/2 cawan santan
  • Secubit garam
    (Blender semua bahan)

Cara memasak:

  • Masukkn dlm periuk, api kecil.
    Kacau sampai pekat.
  • Dah pekat masukkn dlm bekas.
    Makan bersama air gula. Siap!

 

Kredit : Juju Minhad

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

Sumber: rasa

Facebook Comments