Resipi Cheese Tart Magnum Buncit Keju Selambak

Memang puas hati bila mak-mak dapat buat sendiri Cheese Tart Magnum Buncit yang penuh keju selambak ni. Lebih-lebih lagi perkongsian resipi, ilmu dan tips buat tart sedap ini dikongsikan oleh penjual tart sendiri yang dibuat niaga.

Kalau nak beli yang dijual boleh tahan juga harganya.Mak-mak yang penggemar cheese tart kena cuba resipi ini. Tart keju buncit bersalut coklat dengan badam cincang.

Berikut perkongsian resipi ini oleh Puan Nur Dayana sebagai rujukan;

“Siapa pengemar cheseetart buncit? Nak beli dekat luar pun sebijik RM1.50 ke atas.Ni saya nak sedekahkan resepi yang selalu Saya jual..Saya halalkan dunia akhirat ye ”

Bahan-Bahan:

1.(Shell Tart)

260gm Butter
100gm Gula icing
1 biji Telor

500gm Tepung
1 sudu besar air sejuk
Sedikit esen vanila

Cara Membuat:

1.Kacau butter dan gula dalam bekas. Kacau guna tangan je senang.
2.Bila dah sebati masukkan telur.
3.Gaulkan lagi, masukkan pula esen vanila dan air sejuk.
4.Akhir sekali masukkan tepung gandum.Uli sampai jadi doh ye.
5.Bakar dalam oven suhu 180 selama 20 minit, guna api atas bawah.

*Untuk bekas shell guna saiz 4.5cm .Selepas itu, ambil pisau dan buang lebihan tepung tu.

2.(Krim Cheese)

250gm chesee tatura
1 sudu kecil telur (telur tu kacau sebati dulu iya)
50gm Gula icing.

Cara Membuat:

1.Putar cheese sekejap, sampai sebati.Jangan putar lama nanti cair.
2.Selepas tu masukan gula icing, putar sebati.
3.Akhir sekali, masukkan telur putar sekejap.

Cara-Cara Paip Krim Cheese:

1.Masukan cream cheese dalam piping beg.
2.Paip secara membukit.
3.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 7 minit.

*Untuk filling apa-apa pun boleh Nutela, strawberry, blueberry. Ni coklat saya beli dekat kedai bakeri je.

*Mula-mula piping akan bertanduk.Tipsnya ambil sedikit air letak di hujung jari, ratakan yang bertanduk tu.

Cara Nak Buat Magnum:

Bahan-Bahan

Coklat bar (Jenama apa-apa pun tak kisah)
Butter
Badam cincang

Cara Membuat:

1.Double boilkan coklat atas periuk yang telah diisi air sedikit air.
2.Bila dah cair coklat masukan sedikit butter dan kacau sampai pekat.Sejukan sekejap.
3.Bila Tart dah siap bakar, sejukkan dulu baru salut dengan coklat.
4.Bila dah salut dengan coklat, salut pula dengan kacang badam hancur.
5.Kemudian letak dalam peti sejuk.

Try laa.
Puass makan sendiri
Doakan saya selamat bersalin hujung tahun.Ni ye semua.

Siap Selamat mencuba!

MW: Menarik sungguh perkongsian resipi Cheese Tart Magnum Buncit ni. Gebu, penuh keju selambak! Puas hati makan.

Terima kasih kerana berkongsi resipi, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan bersalin nanti. Mak-mak kena cuba resipi ni di rumah.

Sumber: Nur Dayana

 

Sumber:MW

Facebook Comments