Resipi Jeruk Betik Homemade Tanpa Pengawet

Sekali cuba Jeruk betik tanpa pengawet ni, pasti dah akan beli dah selepas ni. Maklumlah, ia dihasilkan secara homemade dan lebih diyakini. Jeruk buah-buahan terutamanya betik dan mangga memang sedap.

Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian Chef Asma Nordin ni. Mudah dan sedap. Selamat mencuba!

CARA BUAT JERUK BETIK TANPA PENGAWET

BAHAN-BAHAN:

  • 3 @ 4 biji betik mangkal (betik yang keras tapi bukan yang dah masak)
  • 3 sudu besar kapur makan
  • 1 cawan cuka
  • 1 cawan gula pasir kasar
  • 5 sudu teh garam halus
  • 15 biji asam boi putih
  • 20 biji cili padi – ( 10 biji dihiris, 10 biji tak payah hiris. Boleh kurangkan kalau tak suka pedas)

CARA PENYEDIAAN:
1. Kupas kulit betik nipis sahaja. Dan potong seperti dalam gambar. Tebal lebih kurang setengah cm. Jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.)

2. Rendam buah betik tadi dengan air. Jumlahnya hanya separas buah betik sahaja. Masukkan kapur makan. Ramas kapur makan dalam air hingga hancur. Rendam buah selama 1- 2 jam.


3. Selepas direndam selama 1-2 jam, toskan air buah betik tadi hingga kering. Tidak perlu bilas dengan air.
4. Masukkan kepingan betik ke dalam bekas. Satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi dan cili padi.


5. Pakai sarung tangan, gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati.


6. Jeruk betik enak di makan sejuk. Kalau nak simpan di luar peti sejuk pun boleh.

TIP:
1. Wajib rendam kepingan betik menggunakan air kapur supaya betik jadi rangup dan pejal.
2. Semasa menjeruk betik, pastikan tidak menambah air. Cukup sekadar guna cuka dan gula kerana betik akan berair. Jika tambah air, jetruk tidak akan tahan lama dan berbuih.

 

Kredit resipi & foto: Chef Asma Nordin