Resipi Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 Style Zulin Aziz

Rendang Cili Api memang terkenal bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Jadi nak buat rendang cili Api yang sebenar kenalah belajar dengan orang Negeri Sembilan sendiri. Rupanya nak buat rendang ni cukup senang, tak perlu tumis dan bahan-bahannya pun tak banyak.

Mungkin ramai mak-mak yang tak tahu, menerusi laman sosial instagram, Penyampai Radio Suria FM, Zulin Aziz,28 atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ada mewujudkan akaun khas #cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi dan menu-menu yang dimasak oleh beliau sendiri.

Salah satu posting resipi menarik yang dikongsikan serta mendapat perhatian pengikutnya  adalah Rendang Ayam Cili Api Nogori 9.

Menurut pelakon Nahu Rindu ini, Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 tersebut diperolehi daripada jirannya yang merupakan orang Negeri Sembilan sendiri malah merupakan menu wajib keluarganya.

Berikut antara perkongsian oleh Zulin Aziz;

“Dah siap rendang cili api! Resepi ni mama zulin belajar dari orang nogori 9 jiran kami dulu.Sejak dari kecil memang ni menu wajib kalau raya.”

Bahan-Bahan: (dikisar)

Satu genggam cili api Kunyit hidup besar ibu jari Serai 10batang Lengkuas 2 buku

Bahan lain :

Santan 1kg Asam keping

1 helai daun kunyit 1 ekor ayam

Cara Memasak:

1.Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali.

2.Masukkan santan, ayam dan asam keping, gaul sebati.


3.Masukkan daun kunyit,biarkan mendidih dan masak dengan api perlahan.

Siap!

Tip Ekstra!

Lebih kering lebih sedap!boleh simpan dan panaskan sampai jadi serunding.

Selamat Mencuba!

Jadi buat mak-mak yang nak masak rendang untuk berbuka nanti, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ni. Ringkas je bahan-bahannya nak buat pun senang sangat. Jika buntu dan tak tau nak masak apa, boleh juga cedok idea resipi serta menu-menu menarik dengan mengikuti akaun instagram cikzulinkedapur ini.

 

Sumber: Instagram cikzulinkedapur

 

 

Sumber

Facebook Comments