“Tiada Isitilah Nak Tackle Anak Tapi Tersalah Tackle Mak!” – Kakak Zulhelmie selar tanggapan netizen

Tolonglah, ini kahwin suka sama suka, bukan kes tersalah tackle ya! Kejap saja tular gambar pasangan pengantin yang beza umur 23 tahun, yang kecoh sebab suaminya muda dan isterinya lebih berumur yang sudah ada anak lima.

Apa yang nak peliknya, kalau sudah jodoh, tiada siapa mampu menghalang.

Fauziana Salikin iaitu kakak kepada Muhammad Zulhelmie Fikrie Salikin, yang mendirikan rumah tangga dengan peniaga berusia 49 tahun menafikan adiknya mahu memikat anak tiri wanita itu.

Fauziana berkata, adik lelakinya yang berusia 26 tahun itu berkahwin dengan Tina Yusof, 23 tahun lebih tua daripadanya atas dasar suka sama suka.

“Kenyataan seperti yang tular di media sosial tidak benar sama sekali. Adik saya tak pernah nak memikat anak isterinya.

“Adik saya dan isterinya berkahwin kerana suka sama suka. Tiada isitilah nak tackle anak tersalah tackle mak pula!”

Fauziana turut terkilan dengan netizen yang membuat tuduhan melulu mengenai perkahwinan adik lelakinya itu.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Tak apalah biarlah mereka,” katanya.

kahwin suka sama suka

Pada masa sama, Fauziana mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan adiknya itu.

“Terima kasih kerana mendoakan adik saya dan isterinya. Semoga anda semua juga berbahagia hingga ke syurga,” katanya.

Gambar perkahwinan pasangan ini menjadi tular di media s0sial beberapa hari lalu.

Majlis perkahwinan pasangan yang merupakan generasi Felda itu berlangsung di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang di sini pada Sabtu lalu.

Sebenarnya Tina berstatus ibu tunggal selepas kematian suaminya enam tahun lepas. Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan sejak 20 tahun lalu mempunyai lima anak berusia 13 hingga 32 tahun dan empat cucu.

Majlis perkahwinan pasangan ini berlangsung pada Sabtu lalu.

Kisahnya, Tina mengenali Muhammad Zulhelmie Fikrie melalui laman sosial Facebook dan membuat keputusan mendirikan rumah tangga selepas berkenalan dua tahun.

 

 

Sumber

Facebook Comments