Cara semakan online bagi mendapatkan rebat bil elektrik RM40

Seramai 142,200 ketua isi rumah rakyat miskin tegar dan miskin masih belum mendaftar dengan syarikat utiliti elektrik untuk menerima Program Rebat Bil Elektrik RM40, menurut Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Di dalam laporan Kosmo itu, menterinya, Yeo Bee Yin berkata, setakat ini, hanya seramai 66,600 ketua isi rumah yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih telah menerima bantuan tersebut sejak 1 Januari lalu.

Jelasnya, bagaimanapun jumlah itu tidak mencukupi berikutan kementerian menyasarkan seramai 208,800 ketua isi rumah menerusi sistem itu akan menerima bantuan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016.

“Berdasarkan data kementerian, 142,200 ketua isi rumah eKasih yang masih belum berdaftar dengan syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Terdapat dua faktor utama jumlah pendaftaran kurang daripada sasaran iaitu ketua isi rumah eKasih tidak mempunyai nombor akaun bil elektrik iaitu bil didaftar atas nama ahli keluarga lain seperti isteri atau anak-anaknya dan rumah sewa serta bil elektrik atas nama tuan rumah,” katanya pada sidang akhbar yang lalu.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, kerajaan mengumumkan untuk menaikkan kadar subsidi bil elektrik kepada RM40 sebulan berbanding RM20 yang membabitkan peruntukan RM140 juta seperti belanjawan sejak 2009.

Mengulas lanjut, menurut Bee Yin, beliau menggesa mereka yang layak untuk segera mendaftar nombor akaun bil elektrik di cawangan TNB, SESB dan SEB terdekat.

Jelasnya, dengan penambahbaikan Program Rebat Bil Elektrik RM40 daripada Program Rebat Bil Elektrik RM20, kerajaan dapat mengagihkan subsidi secara bersasar.

“Subsidi ini membolehkan golongan sasar ini sekurang-kurangnya menggunakan peralatan elektrik asas seperti lampu,kipas, peti sejuk dan televisyen tanpa bebanan bil elektrik.

“Justeru, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga perlu bersikap proaktif dengan turun padang untuk membantu penduduk ketua isi rumah eKasih yang miskin dan miskin tegar di kawasan masing-masing untuk membuat pendaftaran,” katanya.

 

Cara Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik

  1. Buka portal MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my
  2. Masukkan No Mykad anda. (Contoh: 651221063212)
  3. Klik pada button CARI

 

Anda juga boleh menghubungi My Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DTK

 

Sumber: yoy