Senarai Penuh 24 Pelumba MotoGP 2018, Saingan Pertama Bermula 17 Mac di Qatar

SENARAI pelumba kategroi premier Kejuaraan MotoGP 2018 sudah pun dimuktamadkan kira-kira seminggu selepas ujian pra musim di Litar Buriram, Thailand pada 16 Februari lalu.

Pengumuman senarai akhir pelumba MotoGP 2018 sedikit lewat kerana memberi peluang kepada pasukan Monster Yamaha Tech 3 mendapatkan pelumba baru bagi menggantikan pelumba kedua merekat, Jonas Folger yang terpaksa menarik diri disebabkan masalah kesihatan.

Sebaik saja wakil negara kita, Hafizh Syahrin disahkan sebagai pelumba kepada pasukan yang berpangkalan di Perancis itu, MotoGP langsung mengumumkan senarai penuh semua pelumba MoyoGP 2018.

Musim ini, peserta terdiri daripada 10 pelumba yang mewakili pengeluar asal (factory) dan 14 pelumba lagi mewakili pasukan lumba bebas (independent team rider – ITR).

Ujian pramusim ketiga dan terakhir akan berlangsung pada 1-3 Mac ini di Qatar sebelum perlumbaan sebenar bermula di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 17 Mac nanti.

Hafizh menjadi pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama bersaing dalam kelas tertinggi MotoGP. Selain Hafiz, cuma ada seorang pelumba Asia yang turut berentap dalam MotoGP 2018, iaitu Takaaki Nakagami dari Jepun, mewakili LCR Honda Idemitsu Honda.

Pastinya kelibat pelumba negara itu dinantikan penuh debaran.

SENARAI PELUMBA MOTOGP 2018

#4 Andrea Dovizioso, Itali: Ducati Team (Factory)
#5 Johann Zarco, Perancis: Monster Yamaha Tech 3 (ITR)
#9 Danilo Petrucci, Itali: Alma Pramac Racing Ducati (ITR)
#10 Xavier Simeon, Belgium: Reale Avintia Racing Ducati (ITR)
#12 Tom Luthi, Switzerland: EG O,O Marc VDD Honda (ITR)
#17 Karel Abraham, Republik Czech: Angel Nieto Team Ducati (ITR)
#19 Alvaro Bautista, Sepanyol: Angel Nieto Team Ducati (ITR)
#21 Franco Marbidelli, Itali: EG O,O Marc VDS Honda (ITR)
#25 Maverick Vinales, Sepanyol: Movistar Yamaha MotoGP (Factory)
#26 Dani Pedrosa, Sepanyol: Repsol Honda (Factory)
#29 Andrea Iannone, Itali: Team Suzuki Ecstar (Factory)
#30 Takaaki Nakagami, Jepun: LCR Honda Idemitsu Honda (ITR)
#35 Cal Crutchlow, Britain: LCR Honda Castrol Honda (ITR)
#38 Bradley Smith, Britain: Red Bull KTM Factory Racing (Factory)
#41 Aleix Espargaro, Sepanyol: Aprilia Racing Team Gresini (ITR)
#42 Alex Rins, Sepanyol: Team Suzuki Ecstar (Factory)
#43 Jack Miller, Australia: Alma Pramac Racing Ducati (ITR)
#44 Pol Espargaro, Sepanyol: Red Bull KTM Factory Racing (Factory)
#45 Scott Redding, Britain: Aprilia Racing Team Gresini (ITR)
#46 Valentino Rossi, Itali: Movistar Yamaha MotoGP (Factory)
#53 Tito Rabat, Sepanyol: Reale Avintia Racing Ducati (ITR)
#55 Hafizh Syahrin, Malaysia: Monster Yamaha Tech 3 Yamaha (ITR)
#93 Marc Marquez, Sepanyol: Repsol Honda Team (Factory)
#99 Jorge Lorenzo, Sepanyol: Ducati Team (Factory)