Nak Nampak Lebih Kurus? 5 Jenis Pakaian Ini Dapat Membantu

SETIAP orang ingin dilihat mempunyai bentuk badan yang ideal. Tentu sekali badan yang kurus dan cantik merupakan salah satu ciri-ciri ideal itu.

Jika anda masih belum mempunyai badan seperti yang diimpikan, anda masih boleh tampil segak bergaya seolah-olah sudah memiliki badan yang kurus dengan memilih pakaian yang sesuai.

Berikut 5 jenis pakaian yang boleh membuatkan anda tampak lebih kurus.

1. Pakai blazzer yang elegan dan fit

MEMAKAI blazzer boleh menampakkan diri anda kemas selain menyembunyikan kumpulan lemak-lemak tidak disukai di bahagian tertentu pada badan terutamanya bahagian sisi perut dan punggung.

Dalam erti kata lain pakaian seperti ini mampu membuat bentuk badan anda tampak ideal dan tentu sekali menjadikan anda kelihatan lebih kurus.

2. Pakai pakaian dengan jalur menegak

Baju dan seluar yang mempunyai jalur menegak akan membuatkan rangka badan anda kelihatan tinggi, sekaligus menjadikan anda kelihatan lebih kurus.

Dalam masa yang sama elakkan, memakai pakaian dengan jalur-jalur melintang, kerana ia sebaliknya menampakkan rangka badan anda kelihatan lebih besar.

3. Pilih pakaian yang berwarna gelap

Di dalam memilih warna pakaian, pilihlah warna yang gelap, lebih mudah pilihlah pakaian yang berwarna hitam kerana warna-warna gelap mampu memperlihatkan anda 10kg lebih kurus dari yang sebenarnya.

Cubalah berubah daripada mengenakan pakaian yang cerah kepada pakaian-pakaian yang lebih gelap untuk tampak lebih kurus.

4. Pakai seluar yang mencerut bahagian perut

Bahagian badan anda yang menonjol seperti perut akan membuatkan anda tampak gemuk. Tentu sekali bahagian ini perlu disembunyikan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Oleh itu carilah seluar yang boleh mencerut di bahagian perut, sekaligus mampu menyembunyikan perut anda yang “menonjol” itu.cara kelihatan kurus, pakaian nampak kurus, cara nampak kurus, pakaian kelihatan kurus, jenis pakaian nampak kurus

5. Pakai baju dengan kolar berbentuk “V”

Baju yang mempunyai leher berbentuk “V” secara langsung memberikan Ilusi si pemakainya seorang yang tinggi lampai. Ia juga menampakkan rangka badan anda lebih memanjang.

Selain itu orang lain yang memandang anda akan tertumpu pandangan mereka kepada bahagian dada, sekaligus mereka tidak cenderung untuk melihat bahagian leher dan rangka muka.

Tentu sekali ini membuatkan anda nampak lebih kurus.

 

 

Sumber: Petua Ibu