Kalau Anak Yang Sakit Cuma Sebut Nama Tertentu Saja, Itu Tandanya..

Mak ayah yang hebat akan jadi idola terbaik buat anak-anaknya dan akan membawa kegembiraan dalam hubungan kekeluargaan.

Kadang kalau anak menangis pun, hanya dia yang mampu balut emosi anak. Apa lagi waktu anak sak it, memang namanya saja akan disebut oleh anak.

Nak tahu sejauh mana anda tergolong di kalangan mak ayah yang hebat atau tidak, semak perkongsian Doktor Taufiq Razif ini…

1. Anak Cari Mak Ayah Dulu Bila Disa kiti Atau Sedang Dalam Masalah

Ni tandanya kita dah jadi pendengar yang baik ( good listener ) pada anak kita sehingga anak kita percayakan yang kita adalah tempat rujuk terbaik mereka

2. Anak Tunjukkan Semua Jenis Emosi Di Depan Kita

Bila anak kita mampu tunjukkan emosi marah, sedih, gembira dan frust tanpa ketak utan tu maknanya mereka rasa selamat dengan kita ( emotionally safe )

3. Kita Tak Label Anak Dengan Bermacam Gelaran

Menggelar anak bodoh, tak bijak, nakal dan pemalas adalah tanda kita ni mak ayah yang suka melabel. Bila kita tak suka melabel anak, ni tandanya kita dah mula sedar bahawa kesalahan pada anak adalah cerminan daripada kesilapan kita semasa mendidik dia. Bukannya kita tuding kesemuanya pada anak kita

4. Kita Kenal Bakat Terpendam Anak Kita

Kita kenal gaya belajar anak kita ni jenis Kinestetik ke, Auditory ke ataupun Visual. Kita juga kenal anak kita ni jenis Naturalist ke kuat pada Interpersonal ataupun Linguistic ke dan lain-lain

5. Kita Mampu Biasakan Anak Ikut Peraturan Tanpa Kita Menjadi Diktator

Peraturan rumah yang terlampau ketat membu nuh jiwa kreatif anak tetapi rumah yang peraturannya terlampau longgar melahirkan anak yang buruk akhlak, pemalas dan rosak adabnya. Tegas dalam kehangatan kasih sayang adalah yang terbaik untuk perkembangan anak kita.

6. Pandai Pulihkan Kembali Kerosa kan Emosi

Ada masanya kita tertengking dan termarah anak dengan cara yang melampau. Mak ayah yang terbaik tahu cara nak pulihkan kembali kerosakan emosi yang mereka dah buat pada anak mereka.

Ingat ye..pelukan, sentuhan, pemberian hadiah dan permohonan maaf secara ikhlas adalah ubat terbaik untuk mengubati keced eraan emosi si anak.

Tolong ajarkan dan sebarkan ilmu ni pada pasangan kita juga ye.

 

 

 

Sumber

Facebook Comments