“Dah Puas Buat Macam-macam Cara, Sudahnya Ini Juga Paling Berkesan Nak Tangkap Cicak!”

Binatang yang agak payah nak mati walau guna spray, melainkan kena bunuhnya dengan DIY perangkap cicak.

Tip ini sebenarnya sudah dipraktik oleh seorang wanita, Puan Alosnida Musa. Nampak gaya, macam banyak cicak akan jadi mangsa kalau guna caranya…

Ok, jom tengok dulu apa bahan yang perlu ada kat rumah sebelum buat projek tangkap cicak!

Tip Tangkap Cicak

Alahai banyaknya cicak ni dan yang paling tak tahannya, buang najis bersepah, musyukk yakmattt. Kalau terpijak, rata pulak najis satu rumah.

Dah puas spray dengan berbagai bahan, letak macam-macam umpan tapi tak jalan.

Nak menghalaunya memang satu kerja yang sukar, silap hari bulan diberaknya kita,tup tup kena atas hidung.

Jom, kita buat perangkap cicak. Mudah dan murah jer nak buat perangkap cicak ni

Alat dan bahan:

1. Botol plastik kosong

2. Kapas muka

3. Air paip

4. Gula (boleh ganti dengan susu pekat manis- cicak suka benda manis2 kan)

5.Minyak masak

Cara membuatnya:

perangkap cicak

1.Potong botol air di bahagian atas. 2.Letakkan kapas muka di bahagian bawah botol.
3.Masukkan gula pasir. 4.Masukkan air.
5.Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi. 6.Letakkan semula bahagian atas botol dengan cara menterbalikkannya. 7.Siap untuk guna.

perangkap cicak

 

Dengan melihat pada gambar ini, korang boleh tahu cicak tersebut akan masuk ke dalam botol dan tak boleh keluar sebab botol licin kerana di sapu minyak masak.

perangkap cicak

Nota:

Semasa nak letak perangkap ni, pastikan muncung tu betul-betul melekat di dinding, biar cicak boleh lalu terus dari dinding, tampal guna selotep pun boleh ya .

Mudah bukan? Cara begini lebih senang dari mengejar cicak untuk di spray atau dilastik dengan getah.

 

Sumber

Facebook Comments