Ikut Petua Mudah Ini Untuk Atasi Tumit Merekah Dalam Masa 5 Minit, Hanya Guna Garam & Limau Nipis!

Sakit mata ni memandang, bila tumit kaki mulai merekah, kasar dan keras. Hakikatnya, tumit kaki pun harus dijaga sebaiknya, agar ia tetap halus mulus. Banyak faktor boleh sebabkan tumit kaki merekah antaranya jika berdiri terlalu lama dan tapak kaki alah kepada lantai simen. 

Jangan bimbang, sebenarnya ada petua mudah yang mak-mak boleh cuba untuk atasi tumit yang merekah ini dalam masa 5 minit, iaitu hanya mengguanakan garam kasar dan limau nipis sahaja.

Berikut perkongsian petua oleh Siti Norshafika Amran sebagai panduan;

Tips tumit merekah bersinar dalam 5 minit hanya guna 2 barang je.

“Jangan duk pandang rendah tang tumit merekah. Tumit pun ada hak nak melawa, bergojes, ada skin haluih mulus bak muka ploles jugak.”

“Yer korang, nampak tua bukan je pada paras rupa! orang tengok kaki pun boleh kata kita tua. Bukan sorang je tapi ramai hat tegur kaki datin dah macam orang tua padahal umor baru 26. Malu sungguh!

“Datin berlapang dada nak share tips basmi masalah tumit merekah hanya guna barang dekat dapur je. Mudah dan senang. Anak-anak tidur mak-mak boleh la belai-belai tumit tu.”

Bahan-Bahan:

Limau nipis/ lemon
Sedikit Garam Kasar


Berus gigi murah guna bulu yang kasar

Caranya:

1.Perahkan limau nipis atau lemon pada garam kasar.
2.Gosok/ sental perlahan-lahan pada bahagian tumit kaki yang merekah selama 5 minit.
3.Jika limau dah hancur/ lembik boleh gosok dengan berus gigi pula.

Siap! amalkan selalu untuk hasil yang berkesan. Lihatlah perubahannya.

Selamat Mencuba!

Sumber: Siti Norshafika Amran

 

Facebook Comments