Jangan Sekadar Seronok Tengok Fenomena ‘Super Blue Blood Moon’, Jom Mak Ayah Lakukan Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

Rabu ini bersamaan 31 Januari 2018, rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan satu fenomena ‘Supermoon’ atau fenomena gerhana bulan penuh. Yang mana, gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

Ini yang dicatatkan dalam laman web rasmi Planetarium Negara “Fasa gerhana akan bermula dari 7:48 malam hingga 11:11 malam manakala Fasa Gerhana Penuh pula akan bermula dari 8:51 malam sehingga kemuncak pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam. Gerhana Bulan juga dikenali sebagai “Bloodmoon” kerana warna gerhana yang kemerahan.

Pada malam tersebut, Bulan dikenali sebagai “Bluemoon” kerana ianya merupakan bulan penuh kali kedua pada bulan Januari 2018. Bulan penuh yang kedua di dalam bulan yang sama dikenali sebagai “Bluemoon”.

“Pada ketika itu juga, Bulan dikenali sebagai “Supermoon” kerana Bulan berada paling hampir dengan Bumi.

Gabungan ketiga-tiga fenomena dikenali sebagai “Super Blue Blood-Moon”. Fenomena pada malam tersebut pernah berlaku pada tahun 1866 iaitu kira-kira 152 tahun yang lalu.

Sebagai umat Islam di negara ini, amat disarankan agar mak ayah bukan sekadar menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh. Malah lakukanlah juga solat sunat gerhana.

 

Jangan Sekadar Seronok Tengok Fenomena 'Super Blue Blood Moon', Jom Mak Ayah Lakukan Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

 

Bila Perlu Solat Sunat Gerhana Bulan

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, pada tarikh itu, bulan terbit di ufuk timur Kuala Terengganu pada jam 7.09 petang, kira-kira 10 minit sebelum waktu matahari terbenam.

Di Malaysia, solat sunat boleh dilakukan sebaik tompokan hitam mula kelihatan kira-kira jam 7.49 malam dan berlarutan sehingga gerhana berakhir, kira-kira jam 11.12 malam.

Solat sunat gerhana ini adalah sunat muakad yang amat dituntut. Jadi diharapkan umat Islam bersama-sama memanfaatkan peluang yang ada ini untuk melihat fenomena ini.

“Sekali gus dapat melihat dengan jelas tanda-tanda kekuasaan ALLAH S.W.T dan memanfaatkannya dari segi rohani dan kajian saintifik.

Ini Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

 

Jangan Sekadar Seronok Tengok Fenomena 'Super Blue Blood Moon', Jom Mak Ayah Lakukan Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

 

Apa Perlu Dilakukan Semasa Berlakunya Gerhana Bulan Penuh Ini

Selain melakukan solat sunat gerhana bulan, mak ayah boleh lakukan perkara sunat yang lainnya. Ini yang disarankan:

1. Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.

2. Melaksanakan solat jika berjaya melihat gerhana bulan penuh dari tempat mak ayah berada.

3. Bertakbir, tahmid dan tahlil.

4. Berzikir dan beristighfar.

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.” (HR Bukhari – 999)

5. Berdoa. Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah:

Jangan Sekadar Seronok Tengok Fenomena 'Super Blue Blood Moon', Jom Mak Ayah Lakukan Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

 

6. Mengeluarkan sedekah.

7. Membantu orang yang mengalami masalah dan kesukaran.

8. Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah Taala

 

Jangan Sekadar Seronok Tengok Fenomena 'Super Blue Blood Moon', Jom Mak Ayah Lakukan Tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

 

Apa Yang Jadi Ketika Fenomena Gerhana Bulan Penuh

Ketika fenomena ini berlaku, zon bayang pusat bumi (umbra) ketika ini mengunjur sejauh 1.4 juta km pada arah yang sama dengan orbit bulan, sedangkan jarak bumi ke bulan ketika ini sejauh 360, 000 km.

Bulan yang beredar dengan halaju relatif 3,400 km perjam akan mula memasuki zon bayang pusat bumi (umbra) kira-kira jam 7.49 malam dengan bayang bumi kelihatan mula menyentuh sisi sebelah bawah permukaan bulan.

“Secara perlahan-lahan tetapi boleh kelihatan dengan jelas, bulan purnama ini bertukar menjadi ‘sabit’ sehinggalah mencapai kegelapan penuh kira-kira sejam selepas itu menandakan permulaan fasa gerhana bulan penuh.

“Fasa gerhana bulan penuh ini akan berlangsung selama kira-kira 1 jam 16 minit, sehinggalah jam 10.08 malam apabila bulan mula keluar dari kawasan zon bayangan umbra. Ketika ini, bulan kelihatan bercahaya semula sedikit demi sedikit sehingga keseluruhan jasad bulan cerah semula kira-kira jam 11.12 malam.

Di beberapa tempat dalam negara, akan mengadakan program solat maghrib berjemaah diikuti aktiviti pencerapan dan solat sunat gerhana.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Planetarium Negara, Shafiqolbu

 

 

Facebook Comments