Teknik KonMari-Gaya Kemas Rumah Style Orang Jepun

Matlamat kebanyakan kaum mak-mak waktu cuti adalah kemas rumah sampai matanya sedap memandang. Namun ada satu masalah normal yang tak dapat dielak, barang terlalu banyak sampai tak tahu nak letak mana.

Ok, jangan risau ya mak-mak… kali ini anda boleh jadikan suasana rumah anda itu lebih kemas, tersusun, dan teratur dengan elemen penting yang diajar oleh Puan Marie Kondo, pengasas ‘Konmari method’ atau kaedah KonMari.

Wanita berasal dari Jepun ini mula mencetuskan fenomena dunia dengan falsafah, teori dan teknik mengemas dan menyusun barangan di dalam rumah yang unik dan boleh dikatakan sangat berkesan untuk dipraktikkan.

Mak-mak yang tak begitu yakin dengan kaedah ini boleh rujuk bukunya yang bertajuk ‘The Life-Changing Magic of Tidying’ yang mana telah terjual lebih dari 6 juta unit di lebih 30 buah negara.

Diterjemahkan ke pelbagai bahasa, dan juga menjadi Bestseller di negara-negara seperti Jepun, United States, United Kingdom, dan Jerman.

teknik konmari

Kelebihan Kaedah KonMari

Simpan dan guna barang yang buat kita happy je. Macam tak biasa dengar kan?

Itulah teknik KonMari, teknik pengurusan rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo, dan sekarang satu dunia minat dan taksub dengan sistem ini.

Apa itu Teknik KonMari?

Secara asasnya, teknik pengurusan rumah ini adalah bukan sahaja untuk susun barang tetapi untuk simpan dan guna barang yang perlu sahaja.

Pendek kata Teknik KonMari itu macam mak-mak simpan barang itu dan tanya diri sendiri, “Eh, barang ini boleh buat aku gembira tak?”

Ya, kira macam minimalist lah. Simpan yang memang betul-betul nak guna. Barang yang dah lama tak guna, mak-mak boleh keluarkan dari rumah.

Tak payah nak sayang sangat, disimpan jadi sampah juga akhirnya. Mereput dalam rumah!

teknik konmari

Hadam Dulu Method KonMari

1. Cara Susunan

Teknik susunan juga memainkan peranan dan ini beberapa teknik dalam KonMari. Antaranya lipat baju dengan cara menegak. Bila guna cara ini, secara tak langsung mak-mak akan nampak semua pakaian yang ada.

Percayalah hasilnya cara ini nampak lebih kemas berbanding susunan berlapis-lapis dari bawah ke atas. Malah, lebih senang untuk tarik keluar mana-mana pakaian yang nak dipakai.

2. Simpan Barang Ikut Kategori

Simpan dan susun barang mengikut jenis dan bukan lokasi. Contoh mudah, kalau nak letak tempat baju maka mak-mak kenalah buat untuk semua baju yang ada di rumah. Dan mengikut urutan jika boleh iaitu baju, buku, kertas, dan item-item lain.

3. Simpan Yang Buat Hati Gembira

Pilih dan simpan setiap item yang anda suka dan buat mak-mak rasa happy. Kalau rasa boleh keluarkan dari rumah lagi bagus dan beri kepada yang lebih memerlukan. Secara tak langsung buang scarcity mindset dan latih minda dengan abundance mindset.

Sebenarnya teknik ini sangat mudah sebab kita hanya simpan apa yang kita betul-betul kita nak guna. Tak adalah perangai suka simpan dalam bilik stor berkurun tapi langsung tak guna.

teknik konmari

Lagi best, rumah nampak kemas dan teratur yang akan buatkan sesiapa saja berasa tenang dan selesa bila berada didalamnya. Tambahan pula kalau dah seharian penat bekerja, ketika sampai saja di rumah, sedap mata bila tengok ruang tamu dalam keadaan yang kemas, tersusun, dan teratur. Begitu juga bila masuk ke dalam bilik.

Malah seluruh rumah dalam keadaan yang sama eloknya. Semua barang tersusun pada tempatnya. Jadi, inilah pilihan kemas rumah terbaik untuk kaum mak-mak yang sangat sibuk, bukan?

 

 

Sumber:MW

Facebook Comments