Suami Isteri Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir, Itulah Rahsia MESRA Melekat

Ketika berdepan ujian rumahtangga, baik suami mahupun isteri bacalah wirid Al Mathurat pagi dan petang sampai doanya yang terakhir. Sebab rahsia hubungan mesra itu ada pada doa akhir Al Mathurat.

Setiap himpunan doa yang disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih ini adalah wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah SAW.

Doa-doa yang terkandung dalam indah untuk melembutkan hati-hati yang sedia keras dan selalu saja berbolak balik. Bukankah manusia memang begitu sifatnya, sebab itu doa adalah senjata kita.

Untuk melindungi diri dari terpedaya dengan nafsu sendiri.

Dan ketika hati sedang PANAS dengan sikap suami atau isteri yang tak mengikut apa yang kita bayangkan, amalkanlah wirid ini untuk ketenangan hati diri sendiri.

Moga jiwa kita lebih lembut, lebih lunak menerima apa juga ujian yang tuhan berikan kepada kita.

Klik Sini : Untuk Baca Wirid Al Mathurat

 

 

 

Kenapa Doa Akhir Itu Rahsia MESRA Melekat Suami Isteri

√    Bacalah Sampai Doa Terakhir

Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.

√    Doa Untuk Satukan Hati Dan Saling Berkasih Sayang

Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.

√    Ini Terjemahan Doa Akhir

Dalam doa akhir yang suami isteri baca kelak, terjemahannya bermaksud begini :

 

Suami Isteri Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir, Itulah Rahsia MESRA Melekat
Doa akhir al mathurat / Kredit foto : shafiqolbu.wordpress.com

* Masa baca bayangkan wajah suami atau isteri masing-masing. Jangan lupa sebut namanya dalam doa akhir ini.

Indahnya Bila Konsisten Baca Al Mathurat

Buat suami isteri yang masih belum biasa dengan wirid Al Mathurat ini sedikit keterangan untuk anda mudah faham.

√    Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.

√    Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.

√    Doa akhir ini dinamakan doa wirid rabitah (ikatan) yang dibaca untuk memohon dipereratkan jalinan hati. Bila dibaca beramai-ramai mohonlah agar ikatan hati menjadi lebih teguh. Jadi, bacalah bersama suami dan isteri serentak.

√    Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.

√    Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya. (boleh rujuk pada buku Al Mathurat).

√    Suami isteri boleh membacanya sebaik selesai solat dhuha untuk sebelah pagi. Dan membacanya selepas solat asar untuk bacaan petang. Ini sekadar panduan mudah, apa pun terpulang pada kelapangan waktu suami isteri.

 

 

Sumber

Facebook Comments